Posts

Showing posts with the label susu ibu

Cara penyimpanan susu Ibu

Image
Assalamualaikum..
Sedikit info tentang penyimpanan susu ibu..



Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. 
Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. 
Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.
Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan: bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut: # Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam# Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam# Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari# Di dalam peti sejuk bahagian beku (…

Tips Berpuasa bagi ibu Menyusu

Image
Assalamualaikum..

Berpuasa bagi ibu yang sedang menyusukan anak dan giat mengepam, memang akan buat si ibu tu rasa mudah penat dan lapar..betul tak?

nah, sedikit tips dari saya si ibu hamil yang dahulunya pernah menyusukan anak kedua ketika berpuasa...😊

Antara rutin yang saya buat ketika masih bekerja dahulu,

1. Memandang kan ibu hamil memang akan rasa lapar setelah mengepam susu, jadi waktu mengepam di bulan ramadhan ketika bekerja, akan saya kurang kan. Jika biasanya saya mengepam 3-4 kali dalam waktu bekerja dari jam 8.30 - 5ptg, iaitu pd pukul 10pg, 1tgh ari, 4ptg.. jadi ketika berpuasa, saya hanya lakukan 2kali sesi mengepam sahaja. Iaitu pada jam 12.30 tghari dan 4ptg.

Biasanya, ketika jam 12.30 tgh ari ni, breast akn sgt penuh dgn susu sbb saya dah hold sesi mengepam dari jam 8pg hingga 12.30tgh hari. Jadi, saya gunakan peluang ni untuk mengepam hingga kedua2 belah breast lembik. Biasanya saya akan gunakan teknik mendapatkan LDR supaya sesi pam tu akan berjalan dengan lancar …

Saya WAJIB ambil Pil Kalsium sebab...

Image
Assalamualaikum..

Siapa yang tak pernah lihat pil kalsium a.k.a Ostematrix Shaklee, nah...ini lah wajah pil kalsium shaklee ye..

Kenapa saya WAJIB ambil pil ni?
Sebab....
1. Saya tidak minum susu
2. Saya sedang hamil
3. Bagus untuk anak dalam kandungan saya ni.
4. Untuk elak kan masalah kebas2 dan cramp.
5. Untuk tulang saya
6. Saya tak nak masalah osteoporisis masuk dlm kehidupan saya
7. Untuk gigi dan gusi saya, sebab saya mudah dapat sakit gigi.
8. Untuk bagi saya tidur lena
9. Untuk kurang kn rasa sakit kepala yang sering saya hadapi.
10. Untuk mudahkan saya 'membuang' esok pagi..

Wah.. banyak sebab kan?
Ada lagi sebab ni.. tapi dah tak tercapai dan tak terfikir dek kepala otak saya ni..

Banyak kebaikan ostematrix shaklee ni tau..
Boleh lihat link ini..

sekian info dari saya tentang Pil kalsium.
Jika anda merupakan ibu hamil dan ibu yang menyusukan anak, sila lah amalkan ostematrix shaklee ni..

Boleh hubungi saya di:
Page Eizmierah MNB Healthy Shop
Atau contact di no 012.…

Istilah Dalam Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum,

Jo kita kenali ISTILAH- ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG DIPERAH, yang sering di gunakan oleh ibu menyusu. Biasanya istilah ni biasa di gunapakai atau biasa kita lihat jika masuk ke dalam group Ibu menyusu dan penulis2 blog berkaitan penyusuan susu badan.

antara istilah atau perkataan2 yang biasa di gunakan adalah:

 * EBM = Expressed Breast Milk
* Fresh EBM = Susu yg baru diperah
* Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi
* Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku
* BP = BreastPump (Pam susu)
* Marmet = Memerah susu pada payudara menggunakan tangan.
* PP = Power Pumping (Kaedah mengepam 10minit pam, 10minit rehat secara berulang selama 1 jam)
* TP = Tanderm Pumping (kaedah Menyusukan anak di sebelah payudara sambil mengepam payu dara yang sebelahnya)
* TM = Tanderm Marmet (Kaedah menyusukan anak di sebelah paudara, sambil memerah payudara sebelahnya menggunakan tangan)
* TN = Tander…

Subhanallah.. Ajaibnya susu ibu

Jom baca kisah ni.. Saya dapat masa tengah cari info pasal Susu Ibu.. Best kisah ni untuk di kongsi dengan semua.. ******************/*/*******//**/***************//*//****************/****/** Al-kisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. Maka ada dua orang ibu yang melahirkan seorang anak lelaki dan seorang lagi anak perempuan. Masalahnya,kedua-dua ibu tadi mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut! Oleh kerana mereka melahirkan pada masa yang sama,maka timbul sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki terseb ut! Pada waktu tersebut,tiada lagi ujian DNA. Maka doktor Amerika bertanya pada kawan dia,seorang doktor dari Mesir,macam mana nak selesaikan masalah berikut.Dah buat ujian darah malangnya,kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama! Maka doktor Amerika itupun bertanya macam mana nak selesaikan masalah ni,sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran adalah agama yang sempurna,dan setiap masalah ada p…

OsteMatrix - Kenapa saya Suka???

Image
OsteMatrix.. apa yang bestnya Si OsteMatrix Shaklee ni?
haa... memang best dan lain dari yang lain tau.  Ostematrix Shaklee sangat berbeza dengan produk makanan tambahan Kalsium yang lain. Untuk pengetahuan anda, Ostematrix dilengkapi Vitamin D dan Magnesium, yang mana ia merupakan agen penyerap kalsium ke dalam tubuh.

Kalsium juga merupakan salah satu komponen penting untuk produce susu, kalau badan kita kekurangan kalsium, macam mana tubuh nak produce susu. Jadi, inilah kepentingan kalsium dalam badan. Jika kalsium kurang, badan juga akan sukar untuk produce susu. Maka, berlakulah masalah kekurangan hasil susu.

Seperti saya, yang memang bukan penggemar susu, saya amalkan Ostematrix ni untuk bantu penghasilan susu juga untuk memastikan tubuh saya mendapat kalsium. Bukan tu je, saya juga nak pastikan yang anak saya juga mendapat jumlah kalsium yang mencukupi apabila meminum susu badan saya tu. Badan saya juga sering rasa sakit2 badan apabila kerap menyusukan anak secara mengiring di…

Stok EBM untuk dihantar ke rumah Penjaga..

Image
As'salam..

Tiap pagi, ini lah rutin harian ku..
Sediakan Stok susu untuk fadiah masa kat umah penjaganye..

Owh, mula2 sangat pening n letih juga nk biasakan diri dengan kerja baru ni..
but now, dah more expert.. ekekekek..

sbb dh jadi rutin kan?


Ini lah die stok untuk Fadiah..
Umur dah meningkat, so susu pun kena lah meningkat sama..
Mujur Susu umminye ni bleh tahan juga..;p

Sukatan ni mmg dah biasa buat dr mula Fadiah di hantar ke BS, sampai lah sekarang..
nk cuba letak 3oz utk setiap botol, takut macam membazir je..
Sebab bila nak cuci botol2 ni, sure ada lebihan susu yang tak di minum..
Sayang nye lah..

Botol yang dah siap di label dengan no, supaya mudah makcik nak bagi susu pd Fadiah..
Mujur penjaga Fadiah boleh terima BF ni..
Terima kasih tak terhingga pada makcik sebab bantuku dalm pengurusan susu ni.. :D

k lah.. daaa
-Chugie-

Susu ummi sedap.. terbaik!!

Image
As'salam..

Owh.. cedapnye susu ummi saya ni tau.. :D

Alhamdulillah, umur 4 bulan Fadiah dah pandai pegang botol sendiri.. berdikari sunnguh anakku ini tau..

Dah lama nak tepek pic fadiah tengah hold the bottle with ummi's milk.. baru lah hari ni tercapai niat tu..

Alhamdulillah, she is very easy to handle.. walaupun ada kalanye buat ummi heart attack gak, sebab suka menjerit sampai 'berdesingggggg' telinga ;p.. tp sangat senang nak jaga ini budak tau..



Sejak dah pandai pegang botol sendiri ni, ringan skit beban ummi ekekeke..

e'eh.. sempat lagi jeling camera ye laling ummi ni... ;p
nice... syukur.. alhamdulillah, masih di beri peluang untuk menyusukan Fadiah.
Tiap masa, tiap solat.. tak lupa doa, moga susu ummi jadi susu no 1 pada Fadiah..


pssst: to my sifuuuuuuuuu (Mek rose) time kasih sbb sudi bg nasihat berguna tentang SI ye, cayang kamoooo:D






Cara menyimpan susu / EBM guna storage bag

Image
Salam..

Kali ni nak share info cara2 nak simpan susu guna storage bag ni pulak..





1st.. kena lah ada storage bag ni ye..

aku guna autumnz storage bag.. sebab dia ada double zip lock!


keluarkan stock yang hendak di simpan dalam bag tu..
kalau boleh biar ikut sukatan botol ye..
senang nanti bila nak transfer balik ke botol untuk di beri pada bayi anda tu.

kadang2 sukatan pada bag tu x tepat..

masukkan susu yang dalam botol tadi ke dalam bag seperti di atas ni..
sebelum lock, tekap kedua2 belah jari tadi dari paras susu dalam tu, ke atas zip lock..
supaya udara tak terkandung dalam tu, so bila baring kan bag, tak de lah kembung je kan.

labelkan bag yang berisi susu tadi ye..
seperti atas ni.. sorry ye, blur lah plak! :D
labelkan dengan tarikh dan masa anda pam susu tu ok.. bukan tarikh n masa anda transfer susu ni tau!
kemudian susun / baringkan susu tu dalam rak bahagian beku macam gambar atas ni.
kalau boleh biar lah susu ni di bahagian dalam, supaya cepat beku..

akhir sekali, bila susu2 tu dah be…

Hasil susu ku - pam time lunch!

Image
Salam..

eh.. sempat gak nak berentry ni..;p
ok, dah lama nak entry kan perihal mengepam susu time kerja..
so arini nak show skit susu2 ku itu..

untuk 15 minit pam, ini lah hasilnye..

gembira betul bila tengok susu yang penuh sebotol ni.
bertambah semangat lagi nak mengepam tau!

biasanye aku ambil 15-20 minit untuk mengepam susu pada waktu makan tengah hari,
so yang selebihnye, aku kena makan rehat dan solat..

biasanya aku mengepam sekali je kat opis, balik rumah baru aku pam lagi..

pam tanpa makan pun tak guna jugakan?
tak berkhasiat lah susu2 ku itu nanti..

pernah sekali pam tu, aku dapat 2botol (5oz) penuh susu..
memang gembira betul..
dan2 tu juga, doa dalam hati moga baby fadiah akan minum susu dengan mudah dan banyak..


psst: moga susu ku sentiasa ada untuk anakku.. amin...

-chugie-




Cara Menyimpan Susu ibu (EBM)

Image
Salam..

Dah lama nak update cerita pasal cara menyimpan susu EBM ni,
tapi asyik tak sempat je tau! bz yang amat lah katakan..


Ok, ni antara kaedah yang aku belajar, dan aku buat untuk menyimpan stock EBM ku..
sebagai rujukan aku sendiri dan mungkin juga info untuk kawan2 yang baru nak belajar tu kan?


ok, 1st step...
Harus lah ada bende2 kat atas ni..

Pen, gunting, Storage bottle / bag and kertas lekat tu.. dan most important dah tentulah ebm yang kita dah perah tu kan.. ;p

Susu yang kita pam tu, boleh lah di simpan dalam botol seperti di atas ni, atau

di dalam bag ni.. yang mana bag ni dah tersedia zip lock nya sendiri.. tak payah nak susah2 ikat pakai getah kan..

YANG paling penting lepas isi ebm dalam botol atau Bag tu, haruslah letakkan
Tarikh, berapa oz, dan masa susu tu di pam.. ni penting tau.. sebagai rujukan.
ada setengah tu siap letak nama anak lagi.. tp pada aku, dah memadai ada tarikh, masa dan sukatan tu..

macam gambar bawah ni.. gambar agak blur lah.. so, harapnye korang paham lah y…

Fadiah at 2 month old

Salam..

alahai, sibuk sesangat lah kawe skang ni..
nak berblogging memang lah limited nye..
sedih betul bila tengok blog yang dah suram muram..
tak de new entry pun..
tension ni!

ok lah, just an express and short update about Fadiah at her 2 month old.
Last weekend ambil injection untuk 2 bulannye..
Tapi kami jumpa dengan Doc lain, Doc Tan cuti ke oversea..x best betul lah!
Kali ni paed bagi injection 3 serangkai.. harga untuk injection and charges (rm165)
Alhamdulillah, masa kena inject tu Fadiah tak menangis langsung,
dia just buat muka pelik bila kena inject tu,
agaknye dia ralik tengok umminye ni main2 sambil buat muka huduh masa nak di inject tu,
sampai jarum cucuk peha dia pun dia tak perasan.

Skang ni berat Fadiah dah cecah ke 5.6kg... last month 4.9.
alhamdulillah, semakin berat dan semangat anakandaku sorang ni.
Tinggi Fadiah, kami tak sempat nak suruh paed tu ukur..
biasanye, kalau dengan Doc Tan,dia sendiri yang akan buat semua tu,
dan memang akan bagi penerangan yang terperinci.

emmm, so far…

Cabaran menyusukan anak..

Salam.. Bukan senang nak beri anak susukan? pada yang senang tu, senang lah.. pada aku yang mulanya senang dan sekarang susah.. memang mencabar betul memang stress dan menangis di buatnye. dah 2 minggu ni fadiah susah betul nak direct bf, macam2 cara dah aku guna, try bf baring, duduk sambil letak bantal, dan last sekali aku berdiri sambil bf dia, baru lah die minum.. tu pun di paksa, baru dia suakan mulut kat B aku.. yang peliknya, susu badan aku yang letak dalam botol nak pulak die minum, direct bf die tak nak pulak.. memang dah buntu, tension dan menangis di buatnye bila baby tak nak direct isap B kita.. aku pun mula tanya2 kawan untuk dapatkan tips menyusu baby, alhamdulillah tips yang sahabat aku bagi ni dah settlekan masalah.. rupanya air susu aku terlalu banyak keluar masa menyusukan fadiah, sebab tu lah die menolak B aku masa menyusukan dia.. skang ni, aku beri dia isap B dengan control aliran susu yang masuk dalam mulut dia, bila aliran tu mula laju, aku lepaskan kejap dari m…

Mission Susu Ibu: Permulaan untuk Fadiah

Image
Salam..
Yes, ini lah misi aku untuk tahun ni, dan misi untuk Fadiah juga...
Untuk Fadiah kali ni, aku praktikkan susu badan sepenuhnya,
dan sekarang ni dah masuk hari ke-50 aku beri Fadiah susu badan sahaja..

Harap2 boleh cecah ke 6 bulan, dan terus hingga 2 tahun insyaallah..
dalam masa2 berpantang, aku memang dok mencari info2 tentang SUSU IBU.

Alhamdulillah, banyak juga ilmu yang aku dapat, tak lepas juga cabaran dalam mendidik Fadiah untuk menyusu susu badan melalui botol.. memang sangat2 mencabar tau, belum lagi bab memerah susu..

Untuk permulaan, aku dah membeli barang2 untuk penyimpanan susu ibu..
aku beli dari http://www.enjoybreastfeeding.com/

jom lihat pics!!
aku beli melalui online, servis mereka ni memang sangat bagus dan cepat.
buku yang mengandungi banyak info.. murah je, RM9.50 sahaja. botol simpanan susu ibu dan feeding juga.. ni untuk masa bekerja.. memandangkan opis aku tak ada peti ais, so aku kena gunakan ice pack ni untuk mengekalkan susu yang aku perah dalam keadaan seju…