Posts

Showing posts with the label Set Buasir

Buasir?? Seksanya lah ada buasir..

Image
Assalamualaikum...

Hari ini saya nak ceritakan hal Buasir pulak ye..

Yes, ramai sebenarnya orang Malaysia ni yang menghidapi Buasir. Apa puncanya? jom kita kupas sikit ye..

Apa itu BUASIR?
Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.

Ada 2 jenis buasir iaitu:
Buasir dalamanLazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluannajissemasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna mera…