My Lovely Followers

Google+ Followers

Showing posts with label ESP Shaklee. Show all posts
Showing posts with label ESP Shaklee. Show all posts

Sunday, September 20, 2015

ESP Shaklee dan kombinasi terbaik dari kami! #Part 1

pic ehsan Google


Sempena Promosi ESP besar-besaran di bulan September ni kan, saya nak kongsi lah juga set2 atau kombinasi2 yang paling larissssss


Pic Ehsan dari Google


ok, bawah ni antara kombinasi2 yang memang pelanggan saya di Eizmierah Mumnbabyshop atau IG@Vitaminshopsgbuloh akan beli dan ianya memang tersangat lah larisnya.

1. ESP + Vitalea (Multivitamin) = Kesihatan Optimum
Kombinasi dua produk ni akan bekalkan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk seharian supaya kekal bertenaga.
Set ni sesuaiiii sangat buat korang2 yang terlalu sibuk bekerja dan dengan tugas harian tu

2. ESP + Performance Drinks = Tambah Tenaga
Set ni buat si pengamalnya kekal bertenaga berpanjangan. Untuk korang yang mengamalkan gaya hidup aktif dan gemar bersukan.
Set ni juga antara set yang terlaris sepanjang bulan puasa dan ketika berpuasa sunat.

3. ESP + Zinc = Kesuburan Lelaki
Haaaa.. ni mesti lelaki suka.
Set ni bantu pelihara kesihatan prostat lelaki.
Bantu dalam penyembuhan luka terutamanya pembedahan.
Untuk wanita yang baru lepas bersalin pun bagus tau

4. ESP + GLA = Kesuburan Wanita
Set ni bantu stabilkan hormon.
Bantu wujudkan kitaran haid yang teratur.
Bantu melindungi dinding ateri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel

5. ESP + B Complex = Ibu Hamil
Set ni sangat2 laris!!
sebab majoriti pelanggan di kedai saya adalah ibu hamil, ibu menyusu dan berpantang.
Set ni bantu kurangkan tekanan dan juga meningkatkan tenaga.
Bcomplex yang mengandungi Asid Folic, adalah vitamin yang sangat baik buat wanita hamil

6. ESP + Alfalfa Complex = Ibu Menyusu
Ya, ini set yang juga terlajak Laris. Set milkbooster, orang kata..
Juga memberi tenaga kepada si ibu dalam masa yang lama terutama ibu2 yang baru lepas bersalin tu.
Set ni memang sangat membantu dalam meransang penghasilan susu ibu.

7. ESP + Lecithin = Pelansingan
Set ni khas untuk ibu2 yang nak slim kan tubuh tu. terutama yang lepas bersalin. memang mereka akan beli set ni. Bajet slim katanya.
Set ni akan beri rasa kenyang.
Bantu dalam pembakaran Lemak dalam Badan
Juga bantu mengurangkan Kolesterol.... Terbaik kan?

Ok, ada lagi sebenarnya kombinasi2 ESP ni.. kita sambung kemudian ye. tunggu saya buat entry #PART 2

Apa yang anda nampak dari kombinasi2 yang saya cadangkan di atas tu?
ESP adalah untuk semua.. betul?

ok, mesti korang pelik, kenapalah SID2 ni mesti paksa or offer pelanggan shaklee untuk ambil ESP ni?
haaaaa nak tau ke?
ok, sebabnya, ESP ni kan protein. Protein ni sangat2 di perlukan dalam penyerapan apa sahaja makanan atau vitamin yang kita ambil. Pengambilan Protein dan apa2 vitamin memang sangat2 bantu penyerapan yang lebih optimum. jadi, sebab itu lah para SID menyarankan dan cuba minta anda untuk ambil juga ESP ni.

ok lah, sekian perkongsian dari saya ye...

Suzie Eizmierah,
founder of Eizmierah Mumnbabyshop
Jika nak order: PM saya di 012.3814786
Suka baca? Mekaseh! (^_^)

Wednesday, August 20, 2014

Sarapan pagi paling cepat tersedia!

Assalamualaikum..

Apa sarapan korang pagi ni?
sarapan saya, setiap awal pagi dah tentulah ini...๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡


Ini dia... best ever Instant Breakfast saya.
Paling mudah
Paling sempoi
Paling cepat

ESP SOY PROTEIN SHAKLEE


ESP 3sudu besar mix dengan air suam. Shake2, dan minum.. 
Memang kenyang sampai ptg..

Biasanya saya akan ambil ESP awal pg. Maklum je lah, perut ibu menyusu ni memang sangat mudah terasa lapar. Jadi, sebelum nak tunggu sarapan pagi siap, saya memang kena bancuh ESP ni untuk kurangkan rasa lapar dan sebu perut.

Sejujurnya, ESP memang sangat membantu masalah sebu (angin) dlm perut saya ni.
Bukan tu saje, sejak konsisten minum ESP ni, pedih ulu hati dan gastrik saya dah lama tak menyerang.

Memang terbaik!!

Jom lah cuba ESP ni.. 
Untuk dapatkan ESP, boleh hubungi saya di no 012.3814786 ye.

Sekian, cheersssss..

Chugie a.k.a Master Suzianti Maswar
SID
FB: Eizmierah Mumnbabyshop


Suka baca? Mekaseh! (^_^)

Friday, July 25, 2014

ESP Shaklee dan Cyst / Kanser / Fybroid

Issue Cyst dan ESP ni memang tak pernah habis di perkatakan. Walaupun dah di terangkan banyak kali, tapi masih lagi ada yg was2 dan ada yang ajukan lagi soalan yang sama..

jom baca info lengkap tentang ESP SHAKLEE yang sangat HOT ni..
Terutama anda yang menghidap Cyst / fibroid / kanser.

******************************
Copy paste info dari blog ini
Jika anda risau Soya mengakibatkan Cyst, anda patut baca entry ini sampai habis. Ini serius, kerana apa yang kita percaya kadang-kadang tak betul. Baca, selidik dan kaji sendiri fakta fakta dibawah.

Pastikan anda mengambil Soya yang berlabel NON-GMO.

Non-GMO tu ape?
Non-GMO ialah Non-Genetically Modified Organism. Iaitu soya yang ditanam secara organik dan tidak menjalani proses genetik. Kacang Soya yang berbahaya;

KACANG SOYA TIDAK ORGANIK
Penanaman yang menggunakan baja kimia, pestisid dan lain-lain baja kimia menyebabkan soya mengandungi khasiat yang rendah tapi tinggi nitrat. Kandungan nitrat yang tinggi membawa kepada RISIKO PENYAKIT KANSER.

KACANG SOYA GMO
Adalah lebih murah kerana ia menghasilkan TOKSIK. Tetapi pengambilannya LEBIH BERISIKO kepada kesihatan.

9 ASID AMINO
Asid amino yang sangat penting untuk proses penghasilan hormon, antibodi dan enzim. Kekurangan asid amino ini MELAMBATKAN, MENGGANGGU & MEMBANTUTKAN proses penting tubuh badan.

KACANG SOYA DIPROSES DENGAN ALKOHOL
Soya mempunyai sumber Isoflavone, berfungsi untuk tindakan horman, pembentukan jisim tulang dan merendahkan serta mengurangkan risiko kanser. Namun, penggunaan ALKOHOL boleh mengakibatkan KEHILANGAN 88% Isoflavone daripada kacang soya.

BAHAN ANTI-TIROID & ANTI-PERTUMBUHAN
Menyebabkan fungsi tubuh terganggu dan membantu meningkatkan risiko KANSER terutamanya bagi individu yang normal.

KACANG SOYA YANG DIPANASKAN
Kacang soya yang dipanaskan MELEBIHI 60C akan merosakkan kandungan proteinnya! Dah tak ada protein, buat apa nak ambil soya tu lagi,kn?

KACANG SOYA YANG DITAMBAH KALSIUM
Memang kalsium diperlukan oleh tubuh. Namun, dalam proses pembuangan minyak soya, soya menjadi berasid. Penambahan Kalsium akan menyebabkan PENEUTRALAN soya. Alaa, kalau dah neutral, mana khasiatnya?

ESP* adalah contoh Soya Non-GMO. ESP mengandungi Genistein yang terbukti berkeupayaan untuk mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam pemulihan uterus, ovari, menopous dan pembesaran prostat. So ianya sangat selamat untuk penghidap cyst.

ESP juga tidak mengandungi hormon Estrogen yang dikatakan penyebab kanser.
Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
Soy Protein Shaklee tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.
25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.

Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :-

1. 66% Water
2. 25% Protein
3. 8% Fats
4. 1% Combination of Minerals & Vitamins 100%

Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

Jadi, sebelum anda mengatakan tidak kepada Soya, selidiklah dulu Soya jenis apakan itu?

********************-*******************
tiada bukti yang menunjukkan bahawa soya pencetus cyst..
Kalau tidak, masakan tempe tu jd makanan orang jawa.. kn?

jadi, kenali perbezaan GMO dan Non-GMO ye..

Sekian..
Info dari saya,
Chugie a.k.a Suzie
Pengedar sah shaklee

Suka baca? Mekaseh! (^_^)

Friday, July 4, 2014

Berpuasa ketika Hamil

Tips Berpuasa Ketika Hamil..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, hari ni hari ke-6 saya berpuasa dalam ramadhan kali ni. Syukur, saya masih di beri peluang untuk menikmati ramadhan, walaupun sedang hamil masuk minggu ke-38.

Setakat hari ni, saya,masih lakukan rutin harian seperti ramadhan yang lepas. Rasa macam tengah tak sarat je ni haaa..

Kerja rumah, jaga anak, ber biznes dan aktiviti masak memasak untuk juadah berbuka dan bersahur masih lagi kuat untuk saya buat setakat ni.

Syukur..semua dengan izin Allah atas doa yg sy minta setiap hari supaya dapat menikmati puasa dengan mudah.
Selain tu, ada juga tips lain tau.. nak tahu??

Ini antara tips yang saya buat ketika berpuasa ni.

1. Saya akan tidur awal. Biasanya paling lewat pun pada jam 11.00 malam.
Sebelum tidur, saya pastikan dah minum air secukupnya dan semestinya saya minum bancuhan Performance Drinks shaklee yg dah siap di bancuh dan saya banyakkan minum air kosong.
Kemudian, saya akan ambil 4biji Ostematrix shaklee (pil kalsium) untuk berikan tidur yang lena dan boleh bangun dengan mudah untuk bersahur.
Selain tu, DOA memang tak tinggal.. saya doa mohon bangun awal untuk buat solat sunat dan kemudian uruskan urusan bersahur. Alhamdulillah, untuk 6 hari ni memang menjadi. Dengan izin Allah..

2. Bersahur.
Saya akan bersahur dengan nasi. Ni memang wajib. Kalau tidak, rasa tak puas. Lagipun saya sedang hamil kn.. jadi, memang kena ambil nasi walaupun sedikit. Sebelum makan tu, saya minum dulu ESP Shaklee.. samada mix dengan susu atau dengan air kosong je. So far  memang esp beri saya tenaga berpanjangan ketika berpuasa.. sangat berbeza kalau tak ambil ESP ketika bersahur, yang mana akan buat badan lesu dan mengantuk.  Selepas sahur, saya tak terus tidur, jadi sementara tunggu subuh, saya akan mengaji atau zikir dulu.. ni part yang paling bagus sebenarnya.. sebab kita baru lepas bersahur kan, jadi perut tengah penuh dan mata rasa nak tidur je. Jadi, elakkan tidur. Selesaikan solat subuh dulu..

3. Siang hari, tugasan rumah saya buat seperti biasa. Cuci baju dan kemas rumah. Kemudian siap sedia untuk beri anak makan. Lepas tu baru saya mengadap biznes..
Saya cuba elakkan tidur waktu siang, sebab nanti akan buat badan lagi penat dan lesu..
Cuba rehat je, tapi tak perlu tidur..

4. Berbuka.
Saya akan berbuka dengan kurma atau air manis sejuk dahulu.. ni memang wajib. Sebab makanan manis memang membantu beri tenaga pada tubuh. Salah satu minuman kegemaran saya, performance drinks. Menu wajib saya ketika berbuka dah tentulah nasi.. memang sy kena mkn nasi. Kalau tak, badan akan rasa menggeletar je. Hihih..
Lepas makan, saya akn ambil vitalea shaklee dan vit c shaklee. Ni untuk berikan kesihatan yg complete pada tubuh saya dan untuk jana tenaga yg hilang ketika berpuasa tu.

Simple kan tips saya..
Moga dapat beri manfaat buat yang membaca..

Sekiranya sahabat semua nak dapatkan suppliment shaklee, boleh lah hubungi saya..

Sekian dulu, sharing tips berpuasa ketika hamil untuk anda..


Chugie a.k.a Suzie
Pengedar Shaklee anda
012.3814786
Eizmierah MNB Healthy Shop
Suka baca? Mekaseh! (^_^)

Sunday, June 29, 2014

Salam Ramadhan...

Assalamualaikum..
Selamat bersahur semua..

Di kesempatan ini, saya nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa kepada seluruh sahabat blogger Iezmierah dan para pelawat blog ini..

Moga Ramadhan kali ini lebih terkesan di hati dan jiwa kita dalam meningkatkan dan melakukan amal ibadah pada Allah..

Rutin puasa saya seperti tahun2 lalu,
Biasanya saya akan bangun awal, kemudian bersolat sunat, dan barulah siapkan makanan bersahur untuk keluarga..

Tahun ini merupakan pengalaman pertama saya berpuasa dalam keadaan sarat hamil..
Moga saya masih di beri ruang dan peluang untuk berpuasa dengan mudahnya..

SET BERPUASA SHAKLEE

Alhamdulillah,
Ni pun baru selesai bersahur.
kudapan awal saya dah tentulah kurma 3biji, dan Suppliment pilihan saya, ESP shaklee mix FreshMilk, kemudian sebiji Vitalea shaklee.
Mudah2an lancar berpuasa hari ni...

Moga sahabat semua sentiasa dalam lindunganNYA..

salam subuh,
Chugie a.k.a Suzie
Pengedar Shaklee Anda..
Cover area: Sg buloh, Kuang, Sri Kundang, Paya Jaras.
Hubungi saya di: 012.3814786
Suka baca? Mekaseh! (^_^)

Monday, May 26, 2014

Atasi masalah selulit dengan Shaklee

Selulit..

Sapa yang suka dengan selulit kan?
Lemak yang terperangkap di bahagian kulit tubuh kita memang sangat di geruni. Lebih2 lagi oleh kaum wanita.. jangan ingat Orang gemuk je ada selulit ya.. orang kurus pun ada selulit juga tau..

Selulit merupakan lemak yang terperangkap di bahagian bawah lapisan kulit. lemak2 yang gagal di buang ini akan bergumpal menjadi 1 gelombang pada permukaan kulit kita.

Rupanya, memang sangat hodoh!

Apa punca berlakunya Selulit ni?
1. Disebabkan Hormon
2. Perubahan fizikal badan.
3. Apabila duduk terlalu lama dan dalam posisi yang salah.
4. Pengambilan kafein juga boleh mengakibatkan selulit, jadi kurang atau stop lah pengambilan teh, kopi, nescafe dan yg bersoda.
5. Berat badan yang tidak stabil juga mengundang berlakunya selulit
6. Pola makanan yang tidak teratur. Terlalu banyak makanan berlemak akan menyebabkan lemak itu lambat di urai maka ia akan terus tersimpan di dalam tubuh kita.

Bagaimana nak hilang kan selulit dengan Produk shaklee??
Nah.. ini ada tips paling mudah untuk anda yang nak cuba hapuskan selulit yang Huduh tu.

1. Detox
Antara step paling awal yang harus kita buat adalah, Detoks tubuh kita dulu supaya toksin2 di keluarkan dari tubuh kita.
Saya cadangkan : Alfalfa Complex atau/dan Herblax Shaklee

2. Pecah/Bakar Lemak
Lemak2 degil yang lambat terurai harus di uraikan dahulu, supaya makanan2 lemak lain yg bakal masuk kedalam tubuh kita tidak terus terkumpul.
Saya Cadangkan : Omega Guard (Lebih Pantas) atau Lecithin Shaklee (slow sikit)

3.  Bina Otot
Protein merupakan sumber dan agent paling penting untuk membina otot.
Otot2 yang kendur dapat di tegang kan semula dengan pengambilan protein yg mencukupi.
Saya cadangkan : Chinch Shake / ESP Shaklee

nah.. atas ni antara suppliment shaklee yang boleh di amalkan bagi atasi masalah SELULIT tu..

ada lagi beberapa vitamin shaklee lain yg dapat membantu. Seperti Collagen dan vit e. dua vitamin ni boleh di add-on saja.. hasil akan jadi lebih mantop. sebab Collagen shaklee memang membantu dalam menghasilkan kulit yang cantik.

Nak tahu hasilnya cepat atau lambat, ANDA WAJIB lah mencubanya..

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sekian edisi Sharing dan caring dari,
Chugie
Pengedar Sah Shaklee
Contact : 012.3814786



Suka baca? Mekaseh! (^_^)

Wednesday, November 28, 2012

Saya Suka ESP Shaklee!!

Assalamualaikum..

Saya Suka ESP Shaklee!! yeay...
Nak tahu kenapa? meh baca ni:-

Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:
•    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
•    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
•    Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
•    Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

Kredit : Shaklee Malaysia



Jom Baca testimoni Pengguna ESP Shaklee ni:-




Jom lah Cub Shaklee ESP

Insya-Allah anda tidak akan menyesal kerana mengambil product ini.

Disclaimer : Testimoni ini adalah pengalaman pengguna semata-mata dan kesan bagi setiap individu adalah berbeza.Sila dapatkan konsultasi yang betul daripada pengedar anda.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Berminat??
Hubungi saya di  Eizmierah MNB Healthy Shop atau Eizmierah Mumnbabyshop.  Atau boleh SMS | whatsApp 012.3814786 ~ Suzie untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook Eizmierarh MNH Healthy Shop ye.. untuk mendapatkan TIPS KESIHATANt erkini daripada saya !!!
Suka baca? Mekaseh! (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

.Advancd Joint Health Complex (1) #ShakleeEffect (4) agama (1) Air selusuh (1) Ajht (2) AJHT shaklee (1) aktiviti (7) Alfalfa Shaklee (3) angpow (3) Artis (1) award (8) B Complex (2) baby (7) Bancuhan Performance drinks (1) Basic H (1) Bau badan (1) bau mulut (1) Bawang putih (1) Bayi (1) Bebelanku (114) berpantang (5) Berpuasa (2) Bersyukur (1) birthday (16) blogger (4) blogku (1) bonus (3) Bonus Shaklee (2) breastcanser (1) Breastfeeding (2) Buang angin (1) Buasir (1) Cara nak banyak kan susu (2) Cara Simpan susu badan (1) Carotomax (1) Cedera Lutut ACL (1) Cekodok bilis (1) check up baby (4) chew c (1) chew vitalea (2) Chewable vita c (2) Chinch Shake Shaklee (1) Cinch Shake (1) cita-cita (1) Collagen Powder Shaklee (5) Conference Global (1) confinement set (2) contest (31) control Berat ketika hamil (1) CoQ health Shaklee (1) CoQ10 (1) cramps (1) cuaca (2) Cyst (1) Darah Tinggi (1) decoration (1) Demam Kuning (1) detoks (1) Dhuha (1) Diabetes (2) dinner (1) DIY (1) Doa (1) Doa Ramadhan ke 8 (1) Eizmierah Mumnbabyshop (1) Emas (1) ESP dan Cyst (1) ESP Shaklee (7) Fadia (1) Fadiah (22) fatin (75) free trip shaklee (5) Garlic Complex (1) Garlic shaklee (1) Gastrik (1) gastrik dan shaklee (1) geram (6) Giveaway (22) Gla (1) GLA Complex (1) GLA OFFER (1) Gout (1) Gout dan Shaklee (1) hadiah (8) harga emas terkini (1) help (1) Herbal Blend Cream (1) Herblax Shaklee (3) Hubbyku (6) iklan (4) info (24) insuran (1) IT (1) Italy (2) jalan2 (17) Jantung (1) Jaundice (1) Jaundis (1) Jerebu (1) Join Ahli Shaklee (3) kad (1) Kanser (2) Kanser Pankreas (1) KANSER PAYUDARA (1) Keahlian shaklee (2) Kebaikan Vivix (2) kehamilan (12) Kejadian (3) kejayaan (2) keluarga (3) Kempis Perut (1) Kenapa vivix mahal (1) Kencing Manis (1) kesihatan (13) kisah (6) Kisah motivasi (1) Kolesterol (1) Kombinasi set (1) Kombinasi Set ESP (1) komen (1) krim Herbal Blend (1) Kronologi kelahiran (3) Kurma (1) Kurus (1) Lappyku (1) Lecithin Shaklee (1) Lenguh (1) Maher Zain (1) Majalah Wanita (1) MAK (1) Makanan (43) MAke up Remover Shaklee (1) Manfaat Bawang putih (1) Manfaat Garlic Complex (1) Manfaat menjadi ahli shaklee (1) Masakan (9) masalah berdengkur (1) Master Coordinator (3) MBP (2) Mealshake (2) melancong (1) Menu berbuka (1) Merokok (1) Migrain (1) mood (4) mothercare (1) Multivitamin (1) nilai emas (1) nuffnang (6) Nuffnang (3) nutriferon (1) Nutriferon Shaklee (1) Nutriwhite Make Up Remover (2) Nutriwhite Shaklee (2) Offer (2) Omega Guard (2) Omega Guard Shaklee (2) open day (1) open house (1) Ostematrix (4) OsteMatrix Shaklee (5) pampers (1) Pasu Bunga (1) Pelupa (1) penjawat awam (1) Penyimpanan susu ibu (1) Penyusuan (3) Peppermint Ginger (1) perayaan (1) Performance Drink (3) Performance Drink Shaklee (2) Performance Drinks Shaklee (1) permainan (3) pet pet (2) Petua (1) Phytocol shaklee (2) Pil Kalsium (1) poem (1) Pomo oktober (1) Power Pumping (1) Promo August (1) Promo March (1) Promo Oktober (1) Promosi (1) promote (1) puasa (3) puting luka (1) Q & A (1) Ramadhan (1) raya (8) Razzi ArMansur (1) resepi (8) Resipi Bancuhan (2) resipi masakan (1) Restoran (14) reunion (1) Reward Shaklee (2) rezeki (2) Ringtone (1) Rumahku (4) sabtu (1) Sakit (2) sakit kepala (1) Salam jumaat (1) sale (6) Sarapan (1) secret (1) Selulit (2) Selulit dan shaklee (1) Sengal (2) set berpantang (3) SET BERPANTANG ASAS (1) SET BERPANTANG OPTIMUM (1) SET BERPANTANG SHAKLEE (1) Set bersalin (1) Set Breastfeeding Shaklee (2) Set Buasir (1) Set Buasir Shaklee (1) set kanak kanak (3) Set Kesuburan (1) Set Milkbooster (1) Set nak hamil (1) Shaklee (45) Shaklee Halal (1) Sharing (1) Shopping (2) show (1) Sijil Halal Shaklee (2) Slimming (2) sok sek (1) song (3) Soy Protein Isolate Powder Shaklee (1) speck (1) SR Vita C shaklee (1) stamp (1) sukan (3) suppliment (1) Suppliment Shaklee untuk Gout (1) Suppliment untuk ibu hamil (2) susu ibu (14) Tag (2) Tak sihat (1) taman (1) tanamanku (1) Telinga berair (1) telinga bernanah (1) Terima kasih (1) Testimoni AJHT (1) testimoni Bcomplex (1) Testimoni Nutriferon (1) Tips (4) Tips berpuasa Ibu Menyusu (1) Tips Biznes (1) toksin (1) Travel (11) Tukaran wang (1) ulser (1) ulser mulut (1) ummi (3) ummi dan baby (10) Ummi dan fatin (9) Ustaz Don (1) Video Collagen (1) virus (3) vita C (1) Vitalea Shaklee (3) Vitamin (1) vitamin c (1) Vitamin C Shaklee (5) Vitamin E (1) Vitamin E Shaklee (1) Vitamin E untuk masalah berdengkur (1) Vitamin kanak-kanak (1) Vivix (4) Vivix Shaklee (4) wedding (4)
 
Copyright @ Iezmierah 2012 | Designed By Shahada Fauzi