My Lovely Followers

Google+ Followers

Thursday, January 29, 2015

Ulser Mulut dan Shaklee

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak bercerita tentang Ulser mulut ye.. 

Dulu, sebelum saya jadi pengamal vitamin ni, saya kerap kena ulser mulut ni. Salah satu puncanya, saya kurang minum air dan dah tentulah kurang vitamin dalam badan. 


Ulser Mulut..
Apa itu Ulser mulut?
Ia merupakan luka di dalam kawasan lembut pada mulut anda. 

Ia nampak seperti tompokan berwarna putih/krim yang saiznya lebih kurang 5mm biasanya. Biasanya ia akan sembuh tanpa meninggalkan parut.

Ia kerap berlaku di bahagian dalam bibir, pipi, dan ada juga di gusi, lelangit dan lidah.

Punca terjadinya ulser mulut:
  • kecederaan yang berlaku di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam, air yang terlalu panas dan sebagainya.
  • daya menahan sakit yang lemah.
  • kekurangan zat dalam makanan yang diambil.
  • tekanan perasaan (stress).
  • alahan kepada makanan seperti nanas dan sebagainya.
  • penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman.
  • pengambilan ubat (steroid boleh menyebabkan daya tahan sakit menurun, anti-histamine seperti ubat selsema yang menyebabkan mulut menjadi kering).

Ni pula antara Cara untuk merawat ulser mulut:
  • elakkan dari makan makanan yang terlalu banyak rempah.
  • kurangkan air berasid.
  • gunakan antiseptik untuk berkumur.
  • letak gel untuk ulser di tempat yang kena. Persediaan OTC seperti Bonjela boleh diletak. Untuk yang lebih berkesan anda boleh dapatkannya dari farmasi.
  • letak sedikit ais di tempat yang kena untuk melegakan sakit.
  • minum air masak dengan banyak.
  • elakkan daripada tekanan perasaan dengan mengambil vitamin B kompleks dan / atau Arcalion.
  • ambil mineral zink dan zat besi.
  • tambah pengambilan asid folik dan vitamin B 12.
  • vitamin A dan D penting untuk kesihatan lapisan mulut.
  • untuk meningkatkan sistem imune (daya tahan sakit), ambil lebih vitamin C, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.
  • pengambilan probiotik seprti acidophilus (terdapat dalam bentuk kapsul, atau ambil yougurt) mungkin boleh membantu.

Ada beberapa cadangan supliment shaklee yang boleh anda amalkan untuk mengelak atau mengurangkan diri anda dari terkena Ulser Mulut ni. 
Antaranya:

1. Zinc Complex - membantu proses memulih luka ulser

2. Vitamin B Complex - Mencegah Ulser mulut

3. Alfalfa complex - Membantu dalam menyahtoksin di seluruh tubuh.

Bagi anda yang berminat nak dapatkan produk ini, boleh terus hubungi saya di 012.3814786 atau lawat FB saya, Eizmierah Mumnbabyshop

Jom jaga tubuh badan kita..


Suzie
Sahabat Shaklee Anda
COD: Sekitar Sg buloh, Kuang, Sri Kundang



Suka baca? Mekaseh! (^_^)

Wednesday, January 7, 2015

Produk Shaklee untuk Selulit

Assalamualaikum..


Selulit.. Arrrgghhhhh.. ngeri kan.

Apa punca terjadinya selulit ni?

Ok, mudah je sebenarnya nak jd selulit ni. Salah satunya disebabkan percantuman lemak dan air di bawah kulit dengan kolagen di tubuh kita. Ia berlaku akibat pengambilan makanan yang tidak sihat.
Ooopss, harus ketahui, selulit bukan berlaku pada orang gemuk ya.. tapi, orang kurus pun ramai yang ada selulit ni.

Penyebab selulit:
Selulit bukan berlaku dalam sehari, dan ada banyak sebab berlakunya selulit, antaranya:

1)Peredaran darah kurang lancar. Hal ini mungkin disebabkan pakaian ketat. Hal ini sememangnya meransang timbulnya selulit.

2)Kedudukan pembuluh darah kapiler yang tidak seimbang sehingga berlaku perembesan cairan ke dalam jaringan.

3) Faktor hormon. 
Hormon progesteron, estrogen dan testesteron.
Hormon progesteron memudahkan terjadinya pengumpulan cairan pada lapisan jaringan. Biasanya pada minggu ketiga edaran menstruasi, progesteron berada pada tahap tinggi. Sedangkan kadar hormon estrogen yang rendah dapat mengakibatkan menurunya proses pembakaran lemak dan lemak cenderung untuk tinggal menimbun. Hormon testosteron hanya sedikit kadarnya pada wanita. Namun peranannya cukup penting untuk pembentukan otot. Berbanding kaum lelaki yang mempunyai kadar hormon testeron yang tinggi. Kurangnya otot di dalam badan inilah yang menyebabkan mudahnya tersebar jaringan lemak di dalam tubuh

4)Bentuk Body
Wanita memiliki bahagian-bahagian tubuh dengan jaringan di bawah kulit yang sangat tebal dan longgar contohnya di bawah pinggul dan perut. Lemak mudah menyerap masuk ke jaringan-jaringan seperti ini, apalagi jika tubuh kurang bergerak.

Di mana nak tengok selulit ni?
Haaa biasanya di bahagian peha, lengan, betis.. ada lah beberapa part tubuh lain.



Produk shaklee yang di cadangkan untuk masalah selulit adalah:

ESP.
ESP ni protein, yg mana dia memberi tenaga dan Protein ni di simpan dalam otot-otot badan kita dan ia BAIKI TISU SEL BADAN kita, dan inilah yg menyebabkan selulit berkurangan. Protein juga lancarkan pengaliran oksigen melalui darah sekaligus meningkatkan sistem imunisasi badan kita

Vitamin C ( ada bioflavonoid)
meransang pembentukan kolagen yang ada dalam badan. Kolagen sangat penting kerana ia menghalang otot jadi lembik. Kandungan bioflavonoid membantu memperkuat dinding pembuluh kapiler.

Vitamin E
sebagai antioksida, memerangkap radikal bebas yang terdapat dalam tubuh dan melancarkan peredaran darah. Ia juga membantu meningkatkan keanjalan salur darah.

Carotomax
 memperbaharui sel dan membantu mengurangkan penyakit kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, jerawat.

Berminat dengan produk shaklee untuk masalah selulit anda?
Hubungi saya segera!!

Sahabat shaklee anda
Suzianti Maswar
Eizmierah Mumnbabyshop
012.3814786


Suka baca? Mekaseh! (^_^)

Status HALAL Shaklee

Assalamualaikum..
Pagi ni, terpanggil nak rungkai persoalan yang selalu di utarakan oleh pengguna baru dan juga pengedar produk shaklee.

Soalan yang sangat 'famous'
"Shaklee ni halal ke?"
"Kenapa di botol shaklee tiada tanda halal?"
"Kenapa hanya ada kenyataan halal di sijil?"

Haaa macam2 jenis soalan keluar.
Tapi soalan ni memang bagus pun. Itu tandanya kita berhati2..

Ok, ni jawapan untuk persoalan diatas ye..:

Jawapan 1:
Ya, Shaklee halal. Jom tengok sijil halal Shaklee yang dikeluarkan oleh 'Jabatan Agama Islam US', atau nama pendek dia ISA. Ni sijil tahun 2013, dikeluarkan pada Januari 2013. Siap tulis list nama vitamins kat situ lagik. Btw, Shaklee guna bovine yang disembelih (purified).

Kenapa bukan JAKIM yang keluarkan sijil halal untuk Shaklee?

JAKIM hanya keluarkan sijil halal untuk produk yang produced kat Malaysia. Untuk Malaysian product pun kemain susah JAKIM nak pantau satu-satu, tetiba pulak dia nak pantau international product?

Lagipun salah satu syarat untuk pastikan kehalalan product adalah dengan melawat premis tempat menghasilkan product tu. Errr, banyak duit pulak JAKIM nak pi fly ke US? Minyak Yuyi yang kontroversi tu pun belum setel, restoran-restoran kat KLCC & kat hotel-hotel KL pun belum habis check, dah nak kena pi US pulak?

Jadi nya, untuk international product, serahkan kepada badan yang jaga hal ehwal Islam kat sana. Diorang lebih arif. Kalau sekalipun kite travel overseas, bila nak makan kat restoran pak arab ke, kite takkan tanya 'Eh awak ni dh dapat sijil JAKIM tak?' Takkan kan? Mesti kita refer kepada Islamic Council negara tersebut

JAWAPAN 2:
Di botol supliment memang tidak di letakkan tanda halal. Standard Halal Farmaseutikal ni memang tak sama dengan Standard Makanan Halal.. Malaysia pun baru start benda ni. Boleh rujuk berita kat website Halal JAKIM.. http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/media/berita/290-malaysia-negara-pertama-menganugerah-pensijilan-halal-berdasarkan-standard-farmaseutikal-halal-terulung-di-dunia

So the conclusion is, produk shaklee yang di bawa ke Malaysia adalah HALAL. dari segi pembuatan dan sumbernya, ia adalah di sah kan halal oleh ISA, iaitu jabatan agama islam UD. Shaklee apply status halal dalam group bukan single product  sebab itulah status halal di keluarkan dalam sijil.

Sekian, moga bermanfaat.

Sahabat Shaklee anda
Suzianti Maswar
FB Ezmierah Mumnbabyshop
012.3814786

Suka baca? Mekaseh! (^_^)

Thursday, January 1, 2015

Suplimen Shaklee untuk Telinga Berair / Bernanah

Assalamualaikum.

Rasa terpanggil nak share sedikit info tentang masalah yang sering dihadapi oleh kanak2 iaitu, telinga berair or mungkin yang dah bernanah.



Ngeri kan?
Kita yang dewasa ni pun kalau kena gini, mesti dah tak senang duduk. Ini kan pulak budak2. Lagi lah risau.

Ok, sebenarnya tadi ada customer shaklee saya tanya pendapat untuk masalah telinga berair ni. Sejujurnya, ni pertama kali saya dapat soalan macam ni. So, saya google dulu punca berlakunya telinga berair ni.

Ada banyak sebab, antaranya jangkitan dari sistem pernafasan. Telinga berair or bernanah ni kita panggil Otitis Media. Virus ni datang dari tekak dan akan ke telinga.

Biasanya, kanak2 yg terkena sakit ni, dorang akan bagi sign macam, kerap demam, selsema, akan pegang telinga dia macam tak selesa dan akan keluar air.

Sebaiknya teruslah dapatkan rawatan doktor segera.

Biasanya, untuk masalah begini, kanak2 perlu di berikan suplimen yang boleh bantu boost up imune badan nya dan juga perlu vitamin secukupnya untuk tubuh mereka. Jadi, saya saran kan pengambilan:
Chew vitamin C, Omega dan Mealshake

Jom kita lihat apa kata sahabat blogger kita ni.




kredit to Shayida

Buat ibu2 yang punya masalah begini, cepat2 lah bertindak. Jumpa pakar kanak2 segera. Dan sila lah beri anak2 anda vitamin yang sepatutnya agar mereka terlindung.

Usaha itu wajib, selebihnya adalah dengan izin Allah..

Sekiranya anda berminat dengan produk ini, sila cari saya di FB Eizmierah Mumnbabyshop atau terus sms/wa ke 012.3814786

Saya, SAHABAT SHAKLEE ANDA
Suzie


Suka baca? Mekaseh! (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

.Advancd Joint Health Complex (1) #ShakleeEffect (4) agama (1) Air selusuh (1) Ajht (2) AJHT shaklee (1) aktiviti (7) Alfalfa Shaklee (3) angpow (3) Artis (1) award (8) B Complex (2) baby (7) Bancuhan Performance drinks (1) Basic H (1) Bau badan (1) bau mulut (1) Bawang putih (1) Bayi (1) Bebelanku (114) berpantang (5) Berpuasa (2) Bersyukur (1) birthday (16) blogger (4) blogku (1) bonus (3) Bonus Shaklee (2) breastcanser (1) Breastfeeding (2) Buang angin (1) Buasir (1) Cara nak banyak kan susu (2) Cara Simpan susu badan (1) Carotomax (1) Cedera Lutut ACL (1) Cekodok bilis (1) check up baby (4) chew c (1) chew vitalea (2) Chewable vita c (2) Chinch Shake Shaklee (1) Cinch Shake (1) cita-cita (1) Collagen Powder Shaklee (5) Conference Global (1) confinement set (2) contest (31) control Berat ketika hamil (1) CoQ health Shaklee (1) CoQ10 (1) cramps (1) cuaca (2) Cyst (1) Darah Tinggi (1) decoration (1) Demam Kuning (1) detoks (1) Dhuha (1) Diabetes (2) dinner (1) DIY (1) Doa (1) Doa Ramadhan ke 8 (1) Eizmierah Mumnbabyshop (1) Emas (1) ESP dan Cyst (1) ESP Shaklee (7) Fadia (1) Fadiah (22) fatin (75) free trip shaklee (5) Garlic Complex (1) Garlic shaklee (1) Gastrik (1) gastrik dan shaklee (1) geram (6) Giveaway (22) Gla (1) GLA Complex (1) GLA OFFER (1) Gout (1) Gout dan Shaklee (1) hadiah (8) harga emas terkini (1) help (1) Herbal Blend Cream (1) Herblax Shaklee (3) Hubbyku (6) iklan (4) info (24) insuran (1) IT (1) Italy (2) jalan2 (17) Jantung (1) Jaundice (1) Jaundis (1) Jerebu (1) Join Ahli Shaklee (3) kad (1) Kanser (2) Kanser Pankreas (1) KANSER PAYUDARA (1) Keahlian shaklee (2) Kebaikan Vivix (2) kehamilan (12) Kejadian (3) kejayaan (2) keluarga (3) Kempis Perut (1) Kenapa vivix mahal (1) Kencing Manis (1) kesihatan (13) kisah (6) Kisah motivasi (1) Kolesterol (1) Kombinasi set (1) Kombinasi Set ESP (1) komen (1) krim Herbal Blend (1) Kronologi kelahiran (3) Kurma (1) Kurus (1) Lappyku (1) Lecithin Shaklee (1) Lenguh (1) Maher Zain (1) Majalah Wanita (1) MAK (1) Makanan (43) MAke up Remover Shaklee (1) Manfaat Bawang putih (1) Manfaat Garlic Complex (1) Manfaat menjadi ahli shaklee (1) Masakan (9) masalah berdengkur (1) Master Coordinator (3) MBP (2) Mealshake (2) melancong (1) Menu berbuka (1) Merokok (1) Migrain (1) mood (4) mothercare (1) Multivitamin (1) nilai emas (1) nuffnang (6) Nuffnang (3) nutriferon (1) Nutriferon Shaklee (1) Nutriwhite Make Up Remover (2) Nutriwhite Shaklee (2) Offer (2) Omega Guard (2) Omega Guard Shaklee (2) open day (1) open house (1) Ostematrix (4) OsteMatrix Shaklee (5) pampers (1) Pasu Bunga (1) Pelupa (1) penjawat awam (1) Penyimpanan susu ibu (1) Penyusuan (3) Peppermint Ginger (1) perayaan (1) Performance Drink (3) Performance Drink Shaklee (2) Performance Drinks Shaklee (1) permainan (3) pet pet (2) Petua (1) Phytocol shaklee (2) Pil Kalsium (1) poem (1) Pomo oktober (1) Power Pumping (1) Promo August (1) Promo March (1) Promo Oktober (1) Promosi (1) promote (1) puasa (3) puting luka (1) Q & A (1) Ramadhan (1) raya (8) Razzi ArMansur (1) resepi (8) Resipi Bancuhan (2) resipi masakan (1) Restoran (14) reunion (1) Reward Shaklee (2) rezeki (2) Ringtone (1) Rumahku (4) sabtu (1) Sakit (2) sakit kepala (1) Salam jumaat (1) sale (6) Sarapan (1) secret (1) Selulit (2) Selulit dan shaklee (1) Sengal (2) set berpantang (3) SET BERPANTANG ASAS (1) SET BERPANTANG OPTIMUM (1) SET BERPANTANG SHAKLEE (1) Set bersalin (1) Set Breastfeeding Shaklee (2) Set Buasir (1) Set Buasir Shaklee (1) set kanak kanak (3) Set Kesuburan (1) Set Milkbooster (1) Set nak hamil (1) Shaklee (45) Shaklee Halal (1) Sharing (1) Shopping (2) show (1) Sijil Halal Shaklee (2) Slimming (2) sok sek (1) song (3) Soy Protein Isolate Powder Shaklee (1) speck (1) SR Vita C shaklee (1) stamp (1) sukan (3) suppliment (1) Suppliment Shaklee untuk Gout (1) Suppliment untuk ibu hamil (2) susu ibu (14) Tag (2) Tak sihat (1) taman (1) tanamanku (1) Telinga berair (1) telinga bernanah (1) Terima kasih (1) Testimoni AJHT (1) testimoni Bcomplex (1) Testimoni Nutriferon (1) Tips (4) Tips berpuasa Ibu Menyusu (1) Tips Biznes (1) toksin (1) Travel (11) Tukaran wang (1) ulser (1) ulser mulut (1) ummi (3) ummi dan baby (10) Ummi dan fatin (9) Ustaz Don (1) Video Collagen (1) virus (3) vita C (1) Vitalea Shaklee (3) Vitamin (1) vitamin c (1) Vitamin C Shaklee (5) Vitamin E (1) Vitamin E Shaklee (1) Vitamin E untuk masalah berdengkur (1) Vitamin kanak-kanak (1) Vivix (4) Vivix Shaklee (4) wedding (4)
 
Copyright @ Iezmierah 2012 | Designed By Shahada Fauzi