Posts

Showing posts from June, 2014

Hari pertama ramadhan 2014

Alhamdulillah..

Selesai sudah 1hari berpuasa dalam ramadhan pertama tahun 2014.

sememangnya satu keadaan luar biasa untuk hari pertama mak yong yg sedang sarat hamil ni menikmati puasa tahun ni..

Mula2 tu agak risau juga kalau tak dapat tahan diri berpuasa hari ni. Tapi, Allah maha besar, Dia izinkan hambanya ni untuk merasai lagi puasa dlm bulan ramadhan.

Syukur alhamdulillah.. dengan berbekal kan sahur, Esp shaklee, vitalea, nasi goreng, kurma dan 2gelas air kosong, saya mampu bertahan hingga berbuka.

Cuaca hari ni memang panas. Dengan aktiviti Siang kami yg agak rancak iaitu memborong kurma dan agihkan ke masjid dan surau, aktiviti masak juadah berbuka dengan family.. alhamdulillah, semunya berjalan dgn baik.

Semuanya berkat mind set yg positif, suppliment serta doa yang sepenuh hati untuk berpuasa dengan lancarnya hari ni.
Moga esok dan hari2 seterusnya, saya dapat berpuasa dengan jayanya..

Mahu beradu dulu..
Moga dapat bangun awal lagi pagi ni untuk buat solat sunat sebelum sedia…

Tips Berpuasa bagi ibu Menyusu

Image
Assalamualaikum..

Berpuasa bagi ibu yang sedang menyusukan anak dan giat mengepam, memang akan buat si ibu tu rasa mudah penat dan lapar..betul tak?

nah, sedikit tips dari saya si ibu hamil yang dahulunya pernah menyusukan anak kedua ketika berpuasa...😊

Antara rutin yang saya buat ketika masih bekerja dahulu,

1. Memandang kan ibu hamil memang akan rasa lapar setelah mengepam susu, jadi waktu mengepam di bulan ramadhan ketika bekerja, akan saya kurang kan. Jika biasanya saya mengepam 3-4 kali dalam waktu bekerja dari jam 8.30 - 5ptg, iaitu pd pukul 10pg, 1tgh ari, 4ptg.. jadi ketika berpuasa, saya hanya lakukan 2kali sesi mengepam sahaja. Iaitu pada jam 12.30 tghari dan 4ptg.

Biasanya, ketika jam 12.30 tgh ari ni, breast akn sgt penuh dgn susu sbb saya dah hold sesi mengepam dari jam 8pg hingga 12.30tgh hari. Jadi, saya gunakan peluang ni untuk mengepam hingga kedua2 belah breast lembik. Biasanya saya akan gunakan teknik mendapatkan LDR supaya sesi pam tu akan berjalan dengan lancar …

Salam Ramadhan...

Image
Assalamualaikum..
Selamat bersahur semua..

Di kesempatan ini, saya nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa kepada seluruh sahabat blogger Iezmierah dan para pelawat blog ini..

Moga Ramadhan kali ini lebih terkesan di hati dan jiwa kita dalam meningkatkan dan melakukan amal ibadah pada Allah..

Rutin puasa saya seperti tahun2 lalu,
Biasanya saya akan bangun awal, kemudian bersolat sunat, dan barulah siapkan makanan bersahur untuk keluarga..

Tahun ini merupakan pengalaman pertama saya berpuasa dalam keadaan sarat hamil..
Moga saya masih di beri ruang dan peluang untuk berpuasa dengan mudahnya..

SET BERPUASA SHAKLEE
Alhamdulillah,
Ni pun baru selesai bersahur.
kudapan awal saya dah tentulah kurma 3biji, dan Suppliment pilihan saya, ESP shaklee mix FreshMilk, kemudian sebiji Vitalea shaklee.
Mudah2an lancar berpuasa hari ni...

Moga sahabat semua sentiasa dalam lindunganNYA..

salam subuh,
Chugie a.k.a Suzie
Pengedar Shaklee Anda..
Cover area: Sg buloh, Kuang, Sri Kundan…

update kehamilanku di 36minggu

Assalamualaikum.

Hari ni nak update sikit tentang kandungan ke 3 ni..
Agak culas update tentang kandungan kali ni. Almaklum, ummie nye semakin busy tahap gaban dah ni.

Walaupun dah jadi suri rumah sepenuh masa, rutin menghadap biznes dari rumah masih belum boleh di lepaskan lagi..
Kena dapatkan sorang lagi pembantu ni, hihihi.. over kan?

Baiklah..
Cek up untuk 36minggu ni berjalan lancar, berat baby dah cecah 2.8kg, berat ummienya dah cecah 56kg. Sejujurnya, hamil kali ni memang tak beri impact besar pada berat badan saya..
Tak naik banyak sangat kalau nak di bandingkan dengan kehamilan yang lepas.

Jadi, rasanya memang tak ada masalah saya nak kuruskan badan time pantang nanti.. hihihi..

Apa pun, alhamdulillah.. baby sihat..
Cuma, kedudukan baby masih belum berada di kedudukan sepatutnya. Sepatutnya baby dah pusing ke bawah ni, tapi mungkin belum masanya lagi. Walau sedikit kecewa di situ, tapi saya dah pun redha..
Doctor bagi tahu, sekiranya dalam 2minggu ni baby tak turun juga, saya…

Hebatnya solat sunat Dhuha..

Image
Assalamualaikum..
Slmt pagi semua..

Hari ni saya nak share tentang kehebatan amalan pembuka atau penjemput rezeki ni..

Iaitu solat sunat Dhuha..

Seperti yang kita sedia maklum, segala apa yang di sunatkan oleh Rasullullah, dah tentu lah ada kebaikan serta manfaat buat kita betul kan?

solat sunat dhuha merupakan salah satu solat sunat yang rasulullah suka..

"Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Siapa saja yang dapat mengerjakan sholat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.”
Rasulullah bersabda lagi,“Sholat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara sholat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat.”
Dari Nuwas bin Sama’an, Rasulullah bersabda:“Allah berfirman: Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (yakni sholat Dhuha), nanti pastiakan Kucukupkan keperluanmu pada petang harinya.”
Sementara itu di dalam hadits yang l…

Air Oren wajib untuk juadah berbuka!!

Image
Assalamualaikum... Alhamdulillah, tinggal beberapa hari je lagi kita nak bertemu Ramadhan ni..
Bagaimana persiapan ramadhan anda? Makesure selitkan Air Oren berkhasiat ni dalammenu berbuka anda setiap hari ye.
Lihat lah air oren yang sedap dan segar ni.. memang meruntun jiwa si peminumnya tau.. Rasanya memang sedap.. terrrbaik!!
Dari kita minum air kordial yang penuh dengan bahan pengawet dan pewarna tambahan tu, lebih baik kita bekalkan diri kita yang dah seharian berpuasa dengan minuman berkhasiat ni.. Bukan untuk orang dewasa je ye.. malah boleh di minum oleh kanak-kanak. Terutama anak anda yang sedang belajar berpuasa tu..
Jom kenali serba sedikit tentang Performance Drinks Shaklee ni.
Performance® Natural Orange
Minuman Hidrasi Tulen - Sebelum, Semasa dan Selepas latihan

Penghilang Dahaga untuk Si Juara
Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokon…

Kempis perut dengan mudah!!

Image
Assalamualaikum...


Buncit owh buncit..
Malu kan, bila punya perut yang buncit ni. Lebih2 lagi golongan wanita. Lagi memalukan bila wanita tu belum berkahwin, lagilah 1000 kali ganda risau dan malu. Tak tahu mana nak sorok.

Pakai korset pun belum tentu dapat sorok perut buncit tu.. ☺

Kali ni saya nak bantu anda cara paling mudah untuk kempiskan perut yang buncit tu..
Caranya dengan pengambilan Herblax Shaklee yang mudah dan cepat.
Hanya telan dan ia akan bantu melawaskan.

Herblax ni di kenali sebagai Julap lembut. Ia melawas dan memudahkan proses pembuangan bahan buangan kita. Bukan tu je, ia juga bantu proses detoks juga. Penyingkiran lemak2 dan toksin juga akan berlaku bagi anda yang mengamalkan memakan Herblax Shaklee ni.


APA KANDUNGAN HERBLAX SHAKLEE?
Seperti yang anda sedia maklum, produk shaklee memang semula jadi, berkesan dan tanpa bahan pengawet.

Antara kandungam dalam Herblax adalah:
Alfalfa leaves
Senna leaves
Anise Seed
Blue malva flower
Buckhorn bark
Licorice root
Rhubarb …

Alfalfa atasi masalah bau badan dan mulut

Image
Assalamualaikum sahabat..

Ada ke yang sedang mengalami masalah bau badan dan mulut ni?

oopppsss... kesian.
Semestinya anda rimas dan malu..
Semestinya anda juga telah cuba mandi dan letak perfume di tubuh dan gosok gigi serta berkumur banyak kali dalam sehari kan?
tapi malangnya masalah tetap datang..

Banyak punca yang menyebabkan bau badan ni. Antaranya;
Saiz badan
Jantina
Umur
Keadaan cuaca
Bangsa
Pemakanan
Dan sebagainya..

Tahu tak faktor utama berlakunya masalah bau ni?
Ianya di sebabkan TOKSIN dalam badan kita..
Kajian telah menunjuk kan bahawa, penghadaman yang tidak sempurna dan masalah sembelit akan mendatangkan masalah bau badan dan mulut ini..


ALFALFA COMPLEX SHAKLEE MAMPU MEMBANTU ANDA.
#Sesuai dengan fungsinya sebagai ejen detoks.

#Membantu mereka yang mengalami masalah ini. 

#Alfalfa merupakan herba yang digunakan secara tradisi untuk meningkatkan kesihatan badan. 

#Alfalfa yang juga nama saintifiknya dikenali sebagai Medicago Satina mempunyai ejen antibakteria yang terdapat…

Awasi Kolesterol dalam badan anda! Phytocol boleh membantu!!

Image
AWAS!!
Kolesterol boleh mengakibatkan penyakit yang sangat merbahaya!!
Kajian menunjukkan bahawa, mereka yang berisiko punya kolesterol tinggi bakal berdepan dengan penyakit Angin Ahmar dan serangan jantung..


Selain itu, Penyakit lain seperti KETIDAKSUBURAN, TEKANAN DARAH TINGGI dan PENYAKIT HATI juga boleh hinggap pada anda yang punya kolesterol tinggi ni..


BAGAIMANA NAK ATASI MASALAH INI???
Phytocol Shaklee.. boleh membantu anda mengatasi masalah Kolesterol yang tinggi dalam badan!!


Jom kenali Phytocol - St ini

Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) Mengesyorkan penambahan sebanyak 2000mg FITOSTEROL ke dalam diet harian kita bagi merendah kan paras kolesterol secara semulajadi.
Fitosterol ini berfungsi untuk menghalang penyerapan kolesterol.
Untuk mendapatkan Fitesterol secukupnya bagi keperluan badan, Makanan2 di bawah ini perlu kita ambil setiap hari:
200 batang Lobak Merah 70 Keping Roti Gandum dan; 425 biji Tomato.
Mampu kah kita makan kesemua makanan ini dalam sehari????? dah ten…

TIPS: Buat Air Selusuh Cara Ustaz Don

Image
Assalamualaikum...
Ada yang dah beli dan baca Majalah WANITA keluaran terbaru ni? Muka depannya Ustaz Don, Isteri dan Baby nya yang comel..
Sebenarnya saya dapat majalah ni secara percuma je, Dapat ketika Shaklee National Conference Tempoh hari.  Best, macam2 ada.. banyak juga pengisian.
Paling yang menarik perhatian adalah kisah Ustaz Don dan keluarga kecilnya.
saya tertarik dengan perkongsian ustaz Don tentang cara membuat air selusuh ni.

Cara Membuat air selusuh yang Ustaz Don beri;

Ambil dalam semangkuk air masak

1. Baca Surah Al-Fatihah

2. Baca Surah Al-Hasyr ayat 21 - 24; yang bermaksud:-
#21. Kalau sekiranya kami turunkan al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan2 itu kami buat untuk manusia supaya berfikir.

#22. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

#23.  Dialah Allah yang tiada tuhan selai…

Perisiapan untuk baby baru belum ada..

Assalmualaikum..

Ya Allah, kandungan saya dah pun cecah 8 bulan.. tapi peralatan baby belum ada lagi..
siannya lah baby ummie yg ke3 ni. kurang excited kah? hhuhuhu...

Sesungguhnya memang sangat2 busy sekarang ni. macam2 agenda pulak..

in syaa allah, akan cuba settle kan keperluan untuk anak ummie ni dalam minggu ni juga..

list yang wajib beli:
Baju2 baby
Mandian baby
barang2 ummie
bengkung
pilis dan param
set berpantang shaklee
tukang urut
bag barang baby

Apa lagi ye??

tak boleh fikir dah..

kena cari lagi dan lagi dan lagi..

Nervousnya nak bersalin kali ni...
dup dap dup dap..

okies..

chow chin chow!!

-chugie-
SID semalaysia :D

INI KISAH SAYA : Permulaan saya bergelar Peniaga online

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah.. Eizmierah Mumnababyshop kepunyaan hamba dah pun beroperasi lebih 3 tahun..
pejam celik, pejam celik.. dah lebih 3 tahun Eizmierah Mumnbabyshop bertapak dalam dunia perniagaan online ni. Eizmierah Mumnbabyshop bertapak dari bulan 4 2011. Kini FB saya dah cecah 5000 friendlist. alhamdulillah...

Kejayaan hari ini tidak datang bergolek dan tidak datang dengan singkat. Ada banyak dugaan, ujian yg saya dah lalui.. fasa demi fasa, yang buat saya lebih matang. masalah demi masalah yang buat saya lebih berhati2. Untung Rugi juga dah jadi perkara biasa dalam hidup saya. Apa yang menguatkan saya? 1 je.. NIAT.. niat saya untuk berkongsi dengan ramai org. berkongsi info, berkongsi rahsiah, berkongsi kejayaan dan berkongsi pendapat.

Syukur... Hasil Percaya sebelum Berjaya.

Dari hanya menjual barang2 baby dan barangan kelengkapan produk penyusuan, kemudian saya masuk ke produk kesihatan. Semua nya kerana ingin beri yang terbaik buat Ibu2 yang menyusu kan anak.…

Cekodok bilis dan bawang

Image
Assalamualaikum semua..
Jemput jamah mata ye..

Menu sarapan untuk anak2anda saya pagi ni. Cekodok bilis dan bawang.
Paling senang
Paling cepat
Paling sedap.. (puji diri hokey..)

Ummie nya berpuasa hari ni.. jadi, menu sempoi je lah untuk si anak2..

Mahu resipi?
Ini dia...

Tepung secukupnya
Bawang merah 2 ulas
Ikan bilis yang di buang tahi dan mata
Garam
Air panas

Cara membuat;
Tumbuk lumat ikan bilis dan bawang
Masuk dalam mangkuk,
Masuk kan tepung secukupnya
Garam secukupnya
Air panas
Dan gaul rata

Siap untuk di goreng..

Senang kn?
Sila cuba..

-Chugie-
Masterchef @ home sweet home

Saya WAJIB ambil Pil Kalsium sebab...

Image
Assalamualaikum..

Siapa yang tak pernah lihat pil kalsium a.k.a Ostematrix Shaklee, nah...ini lah wajah pil kalsium shaklee ye..

Kenapa saya WAJIB ambil pil ni?
Sebab....
1. Saya tidak minum susu
2. Saya sedang hamil
3. Bagus untuk anak dalam kandungan saya ni.
4. Untuk elak kan masalah kebas2 dan cramp.
5. Untuk tulang saya
6. Saya tak nak masalah osteoporisis masuk dlm kehidupan saya
7. Untuk gigi dan gusi saya, sebab saya mudah dapat sakit gigi.
8. Untuk bagi saya tidur lena
9. Untuk kurang kn rasa sakit kepala yang sering saya hadapi.
10. Untuk mudahkan saya 'membuang' esok pagi..

Wah.. banyak sebab kan?
Ada lagi sebab ni.. tapi dah tak tercapai dan tak terfikir dek kepala otak saya ni..

Banyak kebaikan ostematrix shaklee ni tau..
Boleh lihat link ini..

sekian info dari saya tentang Pil kalsium.
Jika anda merupakan ibu hamil dan ibu yang menyusukan anak, sila lah amalkan ostematrix shaklee ni..

Boleh hubungi saya di:
Page Eizmierah MNB Healthy Shop
Atau contact di no 012.…

INFO PENYUSUAN : TEKNIK POWER PUMPING

Image
POWER PUMPING, TEKNIK TINGKATKAN HASIL SUSU IBU



★Apa itu Power Pumping?★
Power Pumping merupakan satu teknik mengepam susu ibu yang boleh meningkatkan penghasilan susu ibu. Teknik mengepam cara power pumping ni adalah sama seperti rutin kita mengepam selalu. Bezanya, ada teknik dan cara perlaksaan yang special bila kita mengepam menggunakan teknik Power Pumping ini. 

Teknik ni adalah untuk meniru gaya bayi menyusu dan secara tak langsung akan meningkatkan hasil susu ibu yang di pam oleh ibu.

♥Siapa Perlu Buat Power Pumping?♥
1- Ibu yang kekurangan susu Kekurangan susu adalah berpunca daripada pelbagai faktor spt Period, perubahan hormon, emosi ibu terganggu dan lain-lain.

2- Ibu yang menyusukan anak angkat.
Teknik Power Pumping digunakan untuk merangsang susu keluar.

3- Ibu yang ingin relaktasi / menyusukan semula anak yang telah berhenti menyusu susu ibu.

■Macam Mana Nak Buat Power Pumping?■
[1]Jika anda menggunakan Single Pump:
>>Pam breast kanan selama 10minit kemudian tukar pam breast …

Ini kejayaan ku bersama shaklee

Image
Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah..

Tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah..

Syukur, ini merupakan sebahagian dari kejayaan kami selama berkecimpung dalam Biz Shaklee..

Kalau dulu, saya lah orang yang sangat benci pada MLM..
kalau dulu, saya lah orang yang paling tidak suka di sogok dengan biznes ini..
Kalau dulu, saya lah orang paling malas bila di hadapkan dengan biz yang perlu cari orang..

Tapi itu semua dulu..
Kerana tidak tahu apa2 tentang biz ini.
Kerana terlalu banyak alasan dan nehatif dalam diri..
Kerana tidak mahu di beri peluang..

Kini,
Segalanya telah terbongkar..
Baru lah ku tahu, biznes shaklee biznes yg sangat enjoy.
Saya punya mentor2 hebat yang berjaya mendidik diri sy jadi insan hebat di sisi Allah..
Saya punya team yang hebat menjadi tunggak kejayaan saya..
Saya punya suami dan ahli keluarga yamg menyokong dan membantu saya 100%..

Syukur..
Peluang yg datang dahulu tidak saya sia2kan..
Dan ini adalah bukti kejayaan saya..

Ini bukan p…