Posts

Showing posts from 2013

Anda ada masalah Berdengkur??

Image
Adsalamualaikum semua...

Pagi2 dah dapat soalan dr customer tentang Snoring.. bleh tahan gak soalan ni.

Snoring (berdengkur) ketika tidur jgn di bawa main ye.. bahaya sebenarnya. Boleh membawa maut ketika tidur jika tiba2 pernafasan kita tersekat. So elak lah sebelum parah..



Antara punca berlakunya masalah tidur bedengkur ni adalah:
1. Gaya Hidup
Gaya hidup yang tidak sihat boleh menyebabkan kita berdengkur. Cuba periksa gaya hidup anda dan ubahlah gaya hidup tersebut menjadi lebih baik.

2. Terlebih Berat Badan
Berat badan yang berlebihan juga boleh menyebabkan gangguan tiroid sehingga menyumbang kepada berdengkur. Penurunan berat badan dpt kurang kn mslh dengkuran.

3. Merokok
Memberi kesan buruk bagi jantung, menghalang kelancaran pernafasan, pembengkakan selaput lendir di hidung, pembengkakan rangkaian di tekak dan penyumbatan kecil di paru-paru. Berhentilah merokok jika ingin mengatasi dengkuran yang terjadi.

4. Pengambilan Alkohol
Peminum alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan…

Suppliment Shaklee untuk penyakit Gout

Image
Salam semua..



Gout..
Apa itu gout??

Gout ni adalah sejenis penyakit sendi yang berpunca daripada pembentukan kristal asid urik di dalam cecair sendi ekoran daripada kandungan asid urik yang tinggi di dalam darah. Sakit gout akan membawa rasa sakit yang ketara, terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah akibat daripada radang. Jika dibiarkan, ia akan merebak ke sendi-sendi lain.

Pesakit Gout juga berisiko dalam menghadapi masalah lain seperti, penyakit batu karang, sakit jantung dan sebagainya.

ANTARA FAKTOR PENYEBAB GOUT:
1.  Diet dan berat badan
salah satu punca keadaan asid urik gout seperti kegemukan, satu diet protein tinggi, alkohol atau rendah kalori dalam diet.

2. Ubat juga mendatangkan asid urik gout. Ia boleh meningkatkan asid urik dalam darah. Anda perlu berhati-hati apabila menggunakan ubat seperti aspirin, diuretics.

3. Orang yang pernah mengalami penyakit ginjal, tekanan darah, kecederaan dan pembedahan berkemungkinan besar boleh mendapat gout.

Antara makan…

Saya Hamil ank ke-3

Salam...

Aduhai.. macam mana lah sy boleh lupa nak buat mukadimah sebelum post 'air liur banyak keluar ketika hamil' tu..

Hihihi...

Buat pengetahuan sahabat semua, sy sedang hamil 8minggu.. Alhamdulillah, masih di beri rezeki dan peluang untuk tambah Harta Akhirat saya.

8minggu, memang dalam zone pening2 lalat dan dugaan maha hebat. Sy anggap ni 'Zone Rehat' saya.. ada hikmahnya kan? Dah beberapa tahun jd wanita yg x cukup masa nak rest dgn pjg nye.. maka Allah beri sy hadiah ni.. melepek je lah sepanjang hari.

Hahaha..

Tapi so far, zone rehat sy dah semakin nak tamat sebab muntah2 dah x over mcm awal dulu.. syukur alhamdulillah..

Lepas ni akn masuk ke zone 'menambah berat' plak ye..

Doakan saya dan kandungan sentiasa sihat sejahtera tau..

Supliment wajib saya sekarang dah tentulah dari Shaklee:
Vitalea - Multivitamin yang bantu berikan extra energy pd tubuh sy, sbb sy kerap muntah dan lembik.
B-Complex - ada kandungan folic asid yg bagus untuk janin saya ni..

Air Liur Banyak ketika Hamil

Air liur banyak keluar ketika hamil..

Owh.. stress kan kalau air liur keluar banyak..
Memang terganggu aktiviti harian kita. Dah lah sedang hamil.. dengan loya dan muntah bagai. Memang sesuatu yang boleh buat kita sresss..

Ok, sy dapat maklumt ni dari BabyCenter..

Sebenarnya keadaan ni normal je.. ia berlaku di sebabkan rasa loya dan mual tu.

Biasanya berlaku di bawah trimester ke 3 dan ada yang menanggungnya hingga ke minggu 20 kehamilan..

Stresss kn kalu sepanjang kehamilan tu kena lalui saat air liur keluar dgn byk.


Tidak ada sebarang rawatan tertentu bagi keadaan ini, tetapi anda mungkin boleh mencuba kaedah berikut:
1. menghisap buah lemon atau limau nipis, atau menghidu beberapa titik minyak pati lemon atau limau nipis yang dititikkan pada kertas tisu;
2. menggunakan pembersih mulut yang selamat digunakan semasa hamil;
3.menghisap gula-gula pudina atau mengunyah gula-gula getah berpudina;
4. memberus gigi dengan ubat gigi berpudina;
5. menghisap kiub ais.

Tips ni sy ambil dari b…

hantar puteri2ku ke rumah mil

Assalamualaikum..

Tinggal beberapa jam je lagi sebelum berangkat ke KLIA.. flight kami jam 11 mlm.. jadi kena standby di KLIA dalam jam 9mlm untuk urusan check in.

Alhamdulillah, ni pun baru lepas hantar puteri2 saya ke rumah mak mentua.. macam2 rasa dah ni.. tapi kena kuat juga kn?

Tapi sejujurnya, memang tak best kalau bercuti tanpa ank2..

Tadi masa dalam kereta, saya borak2 dengan fadiah (puteri bongsu), sy bagi tau dia,
"adik jangan nangis tau.. kalau adik nangis, adik peluk baju umie ye.."
Terus dia pegang baju saya dan peluk saya..

Giler touching time tu..tp control je..
Mujur si kakak senang nak tinggal.. sebab dah biasa tinggal dengan mak...

Kadang2 terfikir gak, macam mana org lain sanggup tinggal anak2 kat orang dan dorang boleh pegi bercuti dengan happynye.. sedangkan saya yg dah menghadapi situasi ni pun dah rasa macam2 dalam hati ni..

In shaa allah, next year sy tak nak tinggalkan ank2 dah.. akan bawa dorang ikut juga..

Sungguh tak best perasaan ni..
Patutnye ha…

London Paris.. cuti2 fully sponsored by Shaklee

Image
Alhamdulillah..

Bagai mimpi DULU, jadi realiti HARI INI..

Ye, dulu2 mmg ku banyak bermimpi nak jejakkan kaki ke LONDON dan PARIS... sapa sangka, mimpi yang tak di sangka ni bakal jadi kenyataan sekarang ni..

Ya Allah.. tak de perkataan yang paling hebat nak ku ungkapkan selain rasa bersyukur dengan rezeki yang kau limpahkan pada ku..

In shaa Allah.. dengan izinNYA, Esok saya dan suami akan ke kota london.. kemudian baru ke Paris. Menikmati percutian percuma dan fully sponsor dari Shaklee..

Betul2 macam mimpi je ni..

Dalam suka, ada rasa sedih yang tak dapat di bendung sebab dua puteri kami tak ikut sekali.. harapnya puteri2 ku sihat dan dlm lindunganMu bersama Wan dan Atoknye nanti..


Ok.. nak sambung sesi packing baju..
Daaa dulu ye..

Chugie a.k.a Suzie
Shaklee Independent Distributor
012.3814786

Daftar sebagai Ahli Shaklee (Pengedar Sah Shaklee)

Image
Anda berminat untuk menjadi Ahli Shaklee / Pengedar Sah Shaklee? Jom kita lihat apa faedah2 yang Shaklee Tawarkan...


FAEDAH AHLI ( PENGEDAR) 1. Dapat keuntungan dari Harga Runcit iaitu hingga 33% 2. Bonus peribadi dari penjualan produk. (Minima 150uv sebulan) 3. Bonus peribadi yg di terima tertakluk kepada jumlah point uv yg terkumpul. Semakin besar point yg di kumpul sebulan tu, semakin tinggi pembayaran %bonus kita nanti. %bonus bermula dari 5% hingga 21% 4. Pengedar yg mencapai Rank sekurang2nya pangkat Supervisor akan dapat ganjaran extra insentif dari shaklee. 5. Bonus kepimpinan 6. Bonus tambahan 7. Insentif kenderaan 8. Insentif percutian
KEISTIMEWAAN KUMPULAN KAMI: 1. Dinaungi oleh lebih 14Master Coordinator 2. Kelas bimbingan Online dan Offline 3. Kumpulan sokongan tertutup di FB dan chat group 4. Tips2 dan motivasi yang berterusan 5. Aktiviti2 lain yg dianjurkan di setiap negeri

BAGAIMANA HENDAK MULA MENJADI AHLI? ANDA BOLEH PILIH SALAH 1 PAKEJ DI BAWAH: 1. Pembayaran keahli…

Vivix Shaklee Penawar Diabetes (kencing Manis)

Image
SOAL JAWAB VIVIX

Q: APA ITU VIVIX?
Vivix adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Di dalam Vivix terdapat ramuan yang dipanggil resveratrol yang bersifat anti oksida, anti inflamasi dan anti kanser.

Q: APA ITU RESVERATROL?
Resveratrol ialah sejenis phenol semulajadi yang wujud di dalam tumbuhan anggur terutamanya jenis muskat dan anggur kulit merah serta Knotweed Jepun. Kajian saintifik menunjukkan resveratrol sangat memainkan peranan dalam memanjangkan usia kerana ia dapat melawan penuaan pada tahap sel.

Q: BAGAIMANA VIVIX DAN RESVERATROL BERFUNGSI SEBAGAI PENAWAR DIABETES?
Terdapat 2 cara resveratrol membantu pesakit diabetes/kencing manis:
1. Meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin:Rintangan insulin adalah satu daripada faktor penyumbang utama diabetes/kencing manis. Jika sensitiviti tubuh terhadap insulin dapat ditingkatkan, kita boleh memberhentikan diabetes/kencing manis.Apabila tubuh kita…

Nak berjaya tapi Alasan menggunung..

Image
Assalamualaikum..

Ramai yang nak berjaya tapi diri dipenuhi Alasan..
Ramai yang memasuki biz shaklee, tapi ramai yang gagal sebelum berjuang..
Ramai yang nak jadi antara orang2 yang maju dalam shaklee ni, tapi tidak ramai yang sanggup bersusah payah dahulu..
Ramai yang nak income besar tapi tak ramai yang sanggup laburkan modal yang hanya sebesar Rm75..
Ramai yang hanya nampak wang, tapi tak ramai yang nampak kebaikan di sebalik wang ringgit tu..

Nak jana pendapatan sampingan tapi takut nak jana usaha sampingan..

Alasan.. sinonim dgn tabiat manusia.

Bila di beri tunjuk ajar, di bantahnya..
Dengan alasan ini hanya sekadar sampingan..
Bila di berikan tips dan cadangan utk mereka maju, dibantahnya..
Dengan alasan ianya tak penting..

Jika diri masih terperangkap dgn lautan ALASAN, sampai bila2 pun diri tak kan merasa kejayaan yg di ingini..

Tepuk dada tanya hati..
Kurangkan lah diulit masalah.. baluti dengan solusi.. usaha lah untuk keluarkan diri dari lautan alasan supaya apa yg di hajat…

PERBEZAAN SR VITA C SHAKLED DENGAN BRAND LAIN

Image
Perbezaan Vitamin C Shaklee (dengan Vitamin C yang ada di pasaran)




Vitamin C pertama yang natural dan bertindak secara ‘Sustained release’, berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam.Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin c secara perlahan dan berterusan selama 5 jamSatu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7biji setengah oren.Membekalkan ‘Bioflavinoid’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg..Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplemen vitamin C..( elak salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi vitamin c, elak vitamin c dr cepat teroksida dan merosakkan sel)Ada dalam bentuk yang boleh dikunyahTiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan.dilepaskan kedalam system tubuh secara perlahan mengikut keperluan. Kredit : Hafidah
P/s: tak perlu nak susah2 mkn 7biji oren 1hari ye.. cukup lah mkn 1biji vita c SR ni..
The hottest product now!! Kalau bermina…

Info TERBAIK tentang Collagen by Nona Tv3

Assalamualaikum..
Ada siapa2 tonton NONA Ahad lepas? Dalam rancangan tu ada sedutan khas tentang pengambilan dan memilih Collagen yang bagus tau..

Saya kongsi kan sedikit info tentang siaran di Nona tu..

NONA | AHAD | 20/10/13

INFO MENARIK TTG COLLAGEN:
♥collagen yg berkualiti diperbuat daripada BAHAN2 SEMULAJADI yg sukar didapati. Sbb tu la collagn yg berkualiti, harganya mahal.

♥pengambilan collagen perlulah berterusan untuk mendpt kesannya. Collagen yg asli dan berkualiti perlukn 90 hari utk sebati dgn bdn dan memberikn hasil yg diingini.
Kalau baru sehari mkn collagen, dah nmpk kesan yg drastik mksdnya collagen tu ada campuran bahan kimia.

♥collagen tidak boleh diambil dlm kuantiti yg bnyk dlm sehari. Maximum 5000mg shj.

[ciri2 collagen yg tinggi kualiti:]
1. mudah larut dlm air. Bila dh mix dgn air kosong, air tu tidak berubah warna.
2. bila letak atas lidah, lidah terasa panas.
3. bila disentuh serbuk collagen tu dengan jari yg bsh, dia akan jdk melekit.


Haa adakah anda telah m…

salam AidilAdha..

╭⌒╮ ╭⌒╮
╭⌒╭⌒╮╭⌒╮
,︶︶︶︶ ︶~~
╬ ╱◥███◣n
╬ ︱田︱田 田 ︱╬╬╬
🔪🐂🐄🐃
Dengan ingatan tulus ikhlas, disusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf tersalah laku, terkasar bahasa...
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha..
╭⌒╮ ╭⌒╮
╭⌒╭⌒╮╭⌒╮
,︶︶︶︶ ︶~~
╬ ╱◥███◣
╬ ︱田︱田 田 ︱╬╬╬
🔪🐂🐄🐃




Gambar kami sefamily.. bukan senang tau nak posing ambil gambar ni.

Image
Alhamdulillah...
Akhirnya dapat juga kami bergambar khas untuk Majalah Shaklee Today nanti.. Oppss, belum sempat hantar lagi kat shaklee sebenarnya. lepas ni kena buat cepat2!
 Bukan senang nak snap pic2 yang cantik ni tau... posing malu2 gitewwww... hahaahah

 this is the best pic dari kami sekeluarga. Ini pun lepas beberapa kali shoot. hehehe.. kejap si kakak buat hal, kejap lagi si adiknye pulak.. belum lagi hal mak ayahnye lagi hehehehe.. mcm2 hal betul huhu.

ok, cukup 2 pic ni aje..

kang kate I Overrr plak! :P


chow Dulu!
Chugie


8 Panduan memilih Kolagen yang baik

Image
Assalamualaikum...
Ada sapa2 yg amalkan kolagen tak?? Ok.. info ini adalah sangat penting buat anda yang sangat2 suka kolagen ye.


8 PANDUAN MEMILIH KOLAGEN YANG BAIK

1) Lebih baik pilih dalam bentuk makanan dari di suntik untuk memastikan sistesis enzim mengoptimumkan serapan ke dalam tubuh badan

2) Pilih size kolagen sekurang-kurangnya 1000 dalton dan ke bawah. Microfine size mmbantu penyerapan yang baik kerana size ini adalah paling optimum diserap oleh sel, maka setiap kolagen yang di ambil up to 100% diserap dan memberi efect lebih cepat.

3) Pastikan setiap pemilihan kolagen mempunyai emolient yang unggul dan boleh mengunci kelempaban yang berpanjangan.

4) Pastikan kolagen mempunyai antioksidaan yang tinggi untuk mengurangkan kesan pra-penuaan

5) pastikan supplemen itu mempunyai elemen vitamin B-Complex untuk membantu sintesis atau pembentukan kolagen dari tubuh kita sendiri

6) Kolagen juga penting bukan sahaja untuk kekal cantik tapi kesihatan sendi juga perlu dijaga maka adanya…

Buasir?? Seksanya lah ada buasir..

Image
Assalamualaikum...

Hari ini saya nak ceritakan hal Buasir pulak ye..

Yes, ramai sebenarnya orang Malaysia ni yang menghidapi Buasir. Apa puncanya? jom kita kupas sikit ye..

Apa itu BUASIR?
Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.

Ada 2 jenis buasir iaitu:
Buasir dalamanLazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluannajissemasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna mera…

Rajin dah Puan Chugie ber blog...

Assalamualaikum..

Yes, Blog saya dah tak bersawang ye.. dah di bersihkan.. nak jemput semua sahabat blogger utk kembali melawat rumah saya ni..

Moga saya akan mantain blog ni setiap hari..

********                  **********************

Hari ni Ahad, sure plan korang macam2 hari ni kan..
Esok dah nk closing (Shaklee) so sy sedang berdebar ni menanti akhir nya closing september.. mudah2an closing kali ni sangat marveles.

OV sales saya mencecah lebih 70K bulan ni. syukur.. sangat2 bangga dengan pencapaian anak2 shaklee saya.. mereka sangat komited dan bersemangat lebih 100%.. lebih dr semangat saya.. lebih dr semuanya..

Alhamdulillah.. sy terharu bercampur gembira...!!

ok, nak kene off dari gadjet dulu ya... ada tugas menanti.

daaaaaaa...
-Chugie-


Shaklee closing day: Aura Closing semakin hangat!!

Assalamualaikum..

Closing owh closing.. semakin hangat dah skrg ni. Another 3days untuk menutupi misi September.

Yeah.. happy giler harini.. mostly Leaders saya report BEST reputation of the group.. memang senyum sampai ke telinga lah jawabnye kan?? Haha..

Ok, back to the Aura.. actually, this is the normal situasi yg berlaku di saat2 hari terakhir setiap bulan dan ini mmg akan dirasai oleh setiap pengedar shaklee, terutamanya BIG LEADERS.. nama pun MAK kn, of course lah wajib pikul tanggungjawab besar ni..
Closing satu hal.. nak up dan support semamgat dan motivasi anak2 downline satu hal lagi.. but it can be solve smoothly when there is a teamwork.. nama pun MLM.. So wajib lah bekerja dlm teamwork. Support each other  to cheer up when they are fall down.. cheewah..

Apa pun, saya sebagai umie kepada anak cucu cicit shaklee saya, akan sentiasa menyokong dan mendoakan semuanya cemerlang.. tanggung jwb yg sy pikul untuk bantu dorang naik masih belum berakgir.

Doakan kami berjaya..

Cheer…

Herbal Blend Cream Shaklee. Ajaib sgt ke?!

Image
Assalamualaikum..

Hari ni saya nak cerita tentang 1 lagi produk shaklee.. banyak blog geng2 SID mention AJAIB nye krim ni..
Apa AJAIBnye tu??

Ada banyak sebenarnya kegunaan HERBAL BLEND CREAM SHAKLEE ni.. kalau nak cerita semua dalam ni, memamg 1post ni pun tak cukup kot. So saya ringkaskan beberapa kegunaan Herbal Blend Cream Shaklee yg di katakan AJAIB ni..

1. Merawat eczema dan gatal-gatal digigit serangga.
Krim ni memang saya bawa kemana saja terutamanya bila pulang ke kampung. Krim khas untuk anak2 saya especially bila kena gigit nyamuk.. bila sapu krim ni memang kurang lah gatal tu.

2. Melembutkan tumit dan merawat tumit pecah.
Kebanyakan customer saya memang berikan testimoni yang positif bila 1st time gunakan herbal blend untuk masalah tumit kaki pecah ni. Kulit di bahagian tumit tu mmg tak akan kering dan rekahan tumit memang berkurangan.

3. Ubat luka / lecur
Ada juga yang jadikan krim ini pengganti minyak gamat. Seeloknya ada satu herbal blend dalam rumah, bila ada luka je,…

Set KESUBURAN

Salam.. Hangat! Hangat!! Set Kesuburan yang sangat ngetop! mana taknya, stok suppliment shaklee dah licin ni.. semuanya gara2 testimoni2 kesuburan yang dah cuba set ni tau.. tapi ingat, semuanya dengan izin ALLAH.. kita usaha je, DIA yang laksanakan.Jom kita semak, apa suppliment yang ada di dalam set kesuburan ni dan apa kelebihan suppliment2 ini:

1) Zinc Complex - Zinc memberi kesan terhadap berbagai hormon termasuklah hormone sex, hormone thyroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan,prostate, thyroid yang tidak aktif . Kekurangan zinc juga dikatakan antara sebab kemandulan – Istilah yang di gunakan adalah “Below the level of technical sterility” bermaksud di bawah paras kesuburan. Ia mempengaruhi bilangan sperm (sperm count) dan pergerakannya (sperm motility). So, zinc ni mmg penting untuk kesuburan.

2) Vita-lea - untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan ke…

Saya adalah Master Coordinator In Shaklee!!

Assalamualaikum..

Yeah.., bersawang dah blog ni.. sibuk betul lah tuan tanah kedaung ni yew... ahaha..

ok, straight to the point. Alhamdulillah.. akhirnya, tercapai juga Target saya untuk rangkul title MASTER COORDINATOR in SHAKLEE.. sejak tahun lepas, saya dah siap buat TARGET besar2 " MASTER COORDINATOR in AUGUST 2013" dan letak di kedai. jadi, hari2 saya akan lihat TARGET ni.

Syukur sangat, saya buat target dan saya rancang, segalanya dengan izin Allah. setahun lima bulan bergiat dalam shaklee, akhirnya August 2013 saya berjaya rangkul title yang di idamkan ni.. ye, sangat teruja, sangat gembira dan tak tau dah nak gambar macam mana. Memang tak di sangka, hajat nak sampai ke pangkat MASTER ni tercapai pada tarikh keramat yang saya rancang. Bukan tu je tau.. ni merupakan hadiah paling besar dalam bulan kelahiran saya..

yes, i am really speechless. saya sekarang bergelar Master Suzie..

Ya allah, memang tak terungkap dengan kata2 betapa saya rasa bersyukur mengenali SHAKLEE.…

Encik Ngimauuu udah ngaum ya!!

Alhamdulillah.. Pak rimau sudah ngaummm.. yeah, ramai pebgedar2 sah shaklee senyum sampai ke telinga pagi2 ni sbb BONUS shaklee dah masyuuuukkkk.. Bulan ni dapat awal.. best giler!! Alhamdulillah.. 15 hari dah bergelar MASTER CORDINATOR in Shaklee.. Perasaan: seperti biasa.. Tiada apa yg berubah.. Yeah.. next post plak lah ye pasal MASTER TITTLE tu.. Hari ni nak luah rasa gumbira bila dapat whatsapp dr ank cucu shaklee beritahu dia dpt bonus 5ribu++ , 3K..2K..yg 2 3 angka pun ada.. Syukur alhamdulillah semua atas usaha dorg gak.. nak lebih, buaaaattt lah lebih yew!! Moga rezeki yg kami dapat ni di berkati Allah.. Daaaaa, Puan Chugie SID 866440 COD AREA: SG BULOH, KG MELAYU SRI KUNDANG, KUANG, PAYA JARAS

CoQ Health shaklee : Penawar Kepada Penyakit Darah Tinggi, Sakit Jantung dan Diabetes!!

Assalamualaikum..

Sempena bulan promo Coq Health Plus BELI 6 PERCUMA 1, Jom saya kongsikan sedikit info tentang COQ Health ni dengan anda semua..

Apa itu CoQ Health Plus??
-Mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 Dengan Vit E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan dengan sistem penyampaian minyak kacang soya bagi memastikan penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik. CoQ10 dapat BANTU: - menyokong penghasilam tenaga bagi jantung
- menggalakkan dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
- Meningkatkan peredaran darah
- Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah

PERBEZAAN SHAKLEE:
1) Untuk mendapatkan jumlah yang setara dengan 28mg CoQ10 di dalam CoQ health Plus, anda perlukan hampir 1.7kg ayam atau 28 cawan brokoli.
 2) Kombinasi CoQ10 dan vitamin E di percayai untuk mengukuhkan keupayaan antioksidan yang terdapat di dalam vitamin E kerana Coq 10 bantu mengitar dan menjana semual vitam…

PROMO AUGUST: ADVANCE JOINT HEALTH COMPLEX BUY 6 FREE 1

Image
ADVANCE JOINT HEALTH COMPLEX Memelihara tisu penyambung yang sihat dengan tambahankuprum, zink, vitamin c dan manganese yang bertindakmembina kolagen.
❃ Meningkatkan keupayaan ‘kusyen’ dengan glukosamindari ekstrak boswellia , jadi anda bebas bergerak.
❃ Menambahkan kebolehan pergerakan tanpa rasa sakit
❃ Meningkatkan fleksibiliti sendi.
❃ Memperbaiki fungsi sesendi.
❃ Menyokong kesihatan sesendi untuk jangka masa panjang. Berminat nak GRAB Promo Aajht Buy 6 free 1?? WHatsapp saya di 012.3814786

22 ogos 2013 ~ Selamat Hari Lahir Chugie..~

Salam..

Yeah.. dah selesai 1hari dapat wish birthday dari rakan2 FB dan sahabat2 di luar.. tak lupa juga anak cucu cicit piut miut n upline dan superupline shaklee saya..

Syukur.. dapat pegang lagi angka umur.. alhamdulillah 32tahun dah bernafas.. 32tahun dah duduk atas muka bumi Allah.. dah banyak suka duka tawa nangis selama 32tahun ni..
Susah senang pun dah dilalui..

Tapi..

Saya belum puas.. belum.puas mengejar cita2.. belum puas kejar impian..

Masih banyak yg perlu di buat. Masih ramai yg parlu saya bantu..

Moga Allah kuatkan tubuh badan saya.. cekalkan hati jiwa dan semangat saya.. moga Allah selalu redha urusan saya..

Buat semua sahabat,

Kita adalah LUAR BIASA..yakini DIRI,  percaya KEHEBATAN diri kita..

Wasalam..
*Chugie*

Blog yg dilupakan..

Assalamualaikum...
Aduhai lah blog.. semakin dilupakan olehku..

Alhamdulillah dah 28Ramadhan.. lg 2 hari je kita nk berpuasa kn. Cpt betul masa berlalu..

Seriously.. x puas... rasa sayu je nak.meninggalkan Ramadhan tahun ni.. baaaanyak sangat keindahan2nya..

Tapi apakan daya, masa tak boleh di berhentikan.

Moga kita akan berjumpa dengan Ramadhan akan datang..

Sebelum sy lupakan sekali lg blog kesayangan hamba ni.. sy nak ucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. MAAF ZAHIR BATIN..."
Khas buat seluruh pembaca blog iezmierah ni...

Ok lh.. nak off dulu..

Daaaaa..

Assalamualaikum..




Performance Drink Shaklee. Apa Kebaikannya??

Image
Assalamualaikum.. Dah beberapa hari skip untuk post kan informasi tentang produk shaklee. Harini sy nak cerita tentang 1 lagi produk shaklee yang menjadi sumber tenaga seharian saya.




Ye. Ini dia.. Performance Drink Shaklee.. Rasanya seakan 100plus yang berperisa oren. Manis2 oren tapi tidak masam..jadi ianya memang sesuai buat si penghidap GASTRIK! 

Jom kita kenal dengan Performance Drink ni. APA KEBAIKANNYA?

 Performance Drink sangat bagus dalam mengekalkan bendalir dalam badan dan membantu mengelakkan dehidrasi daripada berlaku.

Meningkatkan Daya Ketahanan Badan Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat.

 Menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal. Meningkatkan daya tahan otot. 

Membekalkan tenaga & Daya Ketahanan Fizikal -Ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisme air dalam tubuh.

 Produk ini turut dirumus secara eksklusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang menetap di kawasan tropika dan mereka …

Ibu Menyusu WAJIB mendapatkan KALSIUM..

Assalamualaikum..

Tahu tak yang ibu menyusukan anak dengan susu bdn WAJIB mendapatkan jumlah KALSIUM yang sepatutnya??

Nak tahu Kenapa dan Apakah kebaikannya?

Untuk pengetahuan semua ibu2 yang menyusukan anak. Antara kompisis vitamin yang tinggi dalam susu ibu adalah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh.

 Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susuibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.

 Sebab itu pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan.

OsteMatrixTM lebih dari sekadar kalsium yang mana ia membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsi…

Istilah Dalam Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum,

Jo kita kenali ISTILAH- ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG DIPERAH, yang sering di gunakan oleh ibu menyusu. Biasanya istilah ni biasa di gunapakai atau biasa kita lihat jika masuk ke dalam group Ibu menyusu dan penulis2 blog berkaitan penyusuan susu badan.

antara istilah atau perkataan2 yang biasa di gunakan adalah:

 * EBM = Expressed Breast Milk
* Fresh EBM = Susu yg baru diperah
* Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi
* Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku
* BP = BreastPump (Pam susu)
* Marmet = Memerah susu pada payudara menggunakan tangan.
* PP = Power Pumping (Kaedah mengepam 10minit pam, 10minit rehat secara berulang selama 1 jam)
* TP = Tanderm Pumping (kaedah Menyusukan anak di sebelah payudara sambil mengepam payu dara yang sebelahnya)
* TM = Tanderm Marmet (Kaedah menyusukan anak di sebelah paudara, sambil memerah payudara sebelahnya menggunakan tangan)
* TN = Tander…

Subhanallah.. Ajaibnya susu ibu

Jom baca kisah ni.. Saya dapat masa tengah cari info pasal Susu Ibu.. Best kisah ni untuk di kongsi dengan semua.. ******************/*/*******//**/***************//*//****************/****/** Al-kisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. Maka ada dua orang ibu yang melahirkan seorang anak lelaki dan seorang lagi anak perempuan. Masalahnya,kedua-dua ibu tadi mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut! Oleh kerana mereka melahirkan pada masa yang sama,maka timbul sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki terseb ut! Pada waktu tersebut,tiada lagi ujian DNA. Maka doktor Amerika bertanya pada kawan dia,seorang doktor dari Mesir,macam mana nak selesaikan masalah berikut.Dah buat ujian darah malangnya,kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama! Maka doktor Amerika itupun bertanya macam mana nak selesaikan masalah ni,sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran adalah agama yang sempurna,dan setiap masalah ada p…

OsteMatrix - Kenapa saya Suka???

Image
OsteMatrix.. apa yang bestnya Si OsteMatrix Shaklee ni?
haa... memang best dan lain dari yang lain tau.  Ostematrix Shaklee sangat berbeza dengan produk makanan tambahan Kalsium yang lain. Untuk pengetahuan anda, Ostematrix dilengkapi Vitamin D dan Magnesium, yang mana ia merupakan agen penyerap kalsium ke dalam tubuh.

Kalsium juga merupakan salah satu komponen penting untuk produce susu, kalau badan kita kekurangan kalsium, macam mana tubuh nak produce susu. Jadi, inilah kepentingan kalsium dalam badan. Jika kalsium kurang, badan juga akan sukar untuk produce susu. Maka, berlakulah masalah kekurangan hasil susu.

Seperti saya, yang memang bukan penggemar susu, saya amalkan Ostematrix ni untuk bantu penghasilan susu juga untuk memastikan tubuh saya mendapat kalsium. Bukan tu je, saya juga nak pastikan yang anak saya juga mendapat jumlah kalsium yang mencukupi apabila meminum susu badan saya tu. Badan saya juga sering rasa sakit2 badan apabila kerap menyusukan anak secara mengiring di…

Apa itu Kanser Pankreas??

Image
Assalamualaikum..

Rasa terpanggil nak bercerita tentang kanser Pankreas ni. Walaupun jarang2 kita dengan tentang kanser ni, tapi rasanya, kita wajib ambil tahu tentang kanser pankreas ni, kerana kanser ni datang tiba2.

Jom kita kenali kanser Pankreas ni.




Sumber: Blog Kesihatan

Pankreas adalah organ yang berbentuk bujur yang terdapat di tengah kawasan atas perut. Kanser pada pankreas adalah hasil pada perubahan sel yang berbahaya, selalunya pada kepala kelenjar.

Kanser merebak dari kelenjar limfa ke hati, paru-paru dan peritonium. Lelaki mempunyai risiko yang tinggi mendapat kanser pankreas berbanding wanita (2:1). Purata umur bagi kanser pankreas ialah 65 tahun.

Apakah Simptom bagi Kanser Pankreas

- Jaundis (sakit kuning) ialah simptom yang paling biasa ditemui kerana bilirubin,bahan kegagalan sel darah yang rosak,berkumpul di dalam darah. Air kencing yang berwarna kuning pekat, kulit kuning, mata kuning, najis berwarna pucat dan gatal badan.

- Selain dari itu pesakit akan berkurangan…

Esok RAYA???

Ohoi.... mata tak boleh pejam ni. nk tido, tp x rasa mengantuk lagi.. Adakah penangan esok 'Raya'?? hihi..

RAYA ni utk guna pakai geng2 shaklee saya je.. masuk je tgh bulsn, masing2 dah sibuk kan diri nak sambut raya a.k.a BONUS MASYUUUUKK...

Biasanya 14hb dah masuk dah.. kalau dulu2 mmg 15hb baru masuk.. tp bulan ni, tak sure berapa hari bulan plak dia masuk. kalai 14hb, means beraya sakan lah...

ok.. mata n jari jemari comel saya dah penat.. time tu labuh kan otot2.. esok ada kerja menanti.

jumpa lagi yew.

daaaaa
chugie


Slurrrppp.. Sedapnya Shaklee Collagen Powder & Mealshake

Image
Minuman rutin saya di malam hari, sebelum nak masuk tidur..

Kenapa saya suka bancuh Collagen Powder Shaklee ni dengan Mealshake?

1- Dah tentulah sebab rasanya.. Rasa Mealshake tu sendiri dah memang superb dengan rasa Susu Vanila.. bukan tu je, Mealshake ni memang berkhasiat dan penuh sumber multivitamin yang di perlukan oleh tubuh.. Jadi, biasanya bila dh ambil Mealshake, Vitalea (Multivitamin) memang saya x ambil untuk hari tu.

2- Untuk Elakkan rasa Collagen Powder yang memang x berapa nak masuk dek tekak, saya akan campurkannya dengan minuman yang berperisa. Contohnye Mealshake ni, or ESP (Energizing Soy Protein dari shaklee juga).. Bila di gabungkan kedua suppliment ni, kurang lah sikit bau hanyir sisik ikan tu.. :D

3- Sebelum ni saya pernah juga campur dengan Peel Fresh Juice orange tu.. sedap memang lah sedap kan.. memang rasa nak minum banyak kali je.. tapi, setelah di pikir2 balik, ada baiknya saya jaga kualiti suppliment tu sendiri, yang tidak mencampurkan dengan minuman lain…

OsteMatrix Shaklee - Promo March Buy 6 Free 1

Image
OsteMatrix Sekarang sedang Promo tau.. Harga Biasa bagi sebotol OsteMatrix ni RM61.00. Sebotol Ostematrix Mengandungi 120tablet. Bagi anda penggemar Si Kalsium tablet ni, jangan lepas kan peluang untuk terus rembat 6+1 botol OsteMatrix ni.. Jimat berganda!!  Kalau nk beli sebotol pun boleh juga.. just Hubungi saya terus k!!

Apa itu Ostematrix?

Ostematrix Merupakan makanan tambahan iaitu dengan kata nama lainnya adalak KALSIUM.
Terbukti secara Klinikal, menyediakan matriks nutrien penting bagi membina dan mengekalkan tulang dan gigi yang kuat.

Di samping  membina tulang yang kuat dan gigi, nutrien dalam Ostematrix juga bertinda:
Membantu mengekalkan tekanan darah yang normalMembantu dalam pengecutan otot dan tindakbalas sarafMembantu mengurangkan gejala PMS seperti kembung, kejang, water retention, cepat marah, dan kemurunganOstematrix menyediakan:1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber semulajadi yang pekat dan mudah diserap400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu meng…

Omega Guard Shaklee Promo still On!!

Image
Assalamualaikum..

romo Omega Guard buy 6 +1 dengan harga yang mengancam jiwa raga masih lagi berjalan hingga akhir bulan february 2013 ni.. jom cepat!!

#sapa nk beli 6+1 ni dengan hanya RMxxx,
# jimat RM136 lagi..
# Keahlian SHAKLEE PERCUMA!!
# cash back (bonus)
# Layak jadi distributor di bawah bimbingan dan guide dari saya..
Jom jana income/ side income dengan group Jutawan kami..

Hubungi Saya:
Shaklee Independent Distributor 866440
Suzie Maswar
Whatsapp/sms ~ 012.3814786


♥Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee♥
1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita  2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan 3. Mencegah salur darah dari tersumbat  4. Omega 3 dapat mengelakkan strok 5. Mengekalkan tekanan normal darah 6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher 7. Mengurangkan sakit kepala 8. Merendahkan kolestrol  9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan  10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL  11. Mengawal masalah obesiti 12…

Sijil Halal Shaklee tahun 2013

Image
Salam semua..
Ni adalah sijil Halal Shaklee yang baru.. ramai yang tanya "HALAL ke Shaklee ni??" so andayg tercari2 jawapannya, nah... ini buat anda.

Ini adalah sebagai bukti bahawa produk Shaklee yang dipasarkan di Malaysia adalah halal, saya lampirkan sijil halal Shaklee yang disahkan oleh Islamic Services of America I.S.A.

Sijil halal ini perlu diperbaharui setiap tahun, supaya tak berlaku kes guan sijil halal tamat tempoh dan sebagainya.

 haaaa..macam mana nak tau I.S.A tu betul-betul organisasi yang bertauliah? Jangan bimbang. I.S.A adalah badan keislaman yang diiktiraf oleh JAKIM. Boleh layari laman web JAKIM dan tengok halaman 18 ye..

Jika anda berminat untuk dapatkan produk shaklee, hubungi saya di;
Eizmierah MNB Healthy Shop ~ Page FB
sms/call/whatsapp ~ 012.3814686
Suzie
SID 866440

Fadiah dah 2tahun...!!

Image
Salam...  Syukur Alhamdulillah... now fadiah dah pun genap 2tahun..  smlm saya pos di wall fb untuk raikan birthday fadia.. ramai yg komen..buat sy rasa happy dgn komen2 serta doa2 dari sahabat..
Syukur Alhamdulillah, misi BF kan Fadiah juga telah selesai... part ni, sy akn cerita dlm entry yg lain ye..
tiada kata2 yg dpt di gambarkn bila ank membesar dgn sihat dan ceria.. ummi doakan fadiah n kakak fatin sentiasa berada dlm lindunganNYA.. 
ni lah pengarang jantung hati ummi sampai akhir hayat.. luv both of u..

Omega Guard Shaklee

Image
Bulan ni bulan untuk kesihatan jantung. Jadi, jom kita kenali si Omega Guard atau di kenali dengan nama minyak ikan..

OmegaGuard™
Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam.

DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.Shaklee

OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuardTM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sebarang pertanyaan berkenaan harga dan konsultasi, sila hubungi saya di:-
FB ~ Eizmierah Mumnbabyshop
Contact ~ 012.3814786
suzianti maswar | SID 866440


Bahagia...

Assalamualaikum..

"Orang yang BAHAGIA adalah orang yang suka lihat orang lain BAHAGIA.."

Ini adalah status di wall FB saya saat ni..

ye, saya sukakan ayat dari Prof Dr Muhaya ni..
ayat yg indah dan penuh makna yg mendalam..
hanya yg benar2 paham je akn terus menusuk ke jiwa..

saya juga suka lihat org lain bahagia, sebab itu sahaja yg dapat buat sy rasa sangat bahagia..
walaupun kemampuan untuk buat org lain bahagia itu tidak terlaksana sepenuhnya, tp sekurang2nya saya telah cuba untuk membahagiakn org..

harap anda yang singgah baca blog saya ni pun rasa bahagia dgn status ini..

♥chugie♥

Bahaya AIR KOSONG untuk bayi dibawah umur 6 bulan

Salam...

Bahayanya air kosong untuk bayi kita.

Sebenarnya tradisi memberi air kosong pada bayi ni dah lama di praktikkan sejak tok nenek kita lagi.. bagi ibu bapa yang dh sedar akan keburukan air kosong ni pada bayi, dah tentu lah dorang lebih berhati2.

Dalam zaman serba canggih ni, rasanya dah ramai ibu2 yang berilmu dan punya info mengenai keburukan air kosong buat si manja.

jom kita tengok apa masalah yg boleh timbul rentetan situasi ini:
1# MENGANCAM NYAWA
dikhuatiri air kosong itu mengandungi kuman, jadi dah semestinya bayi berisiko mendapat cirit birit jika kebersihan tidak di jaga.

2# MENGHAKIS PELINDUNG PENYAKIT
Air kosong akn menghakis pelindung penyakit yg di perolehi dari susu ibu.

3# MENYEBABKAN SAWAN TARIK
Bayi di bawah umur 5 minggu berisiko mendapat sawan tarik kerana bila air diberi berlebihan, garam di dlm tubuh bayi akn cair. Ini akn mengakibatkan suhu badan yg rendah, kembung dan sawan tarik.

4# MERENCATKAN PERTUMUBUHAN
Saiz perut bayi yg kecil dan dipenuhi dgn air …

Sausage Cheezy bread roll

Image
Assalamualaikum semua..

Lamanya ku tak ber entry ya..dah 16 hari di tahun 2013.. tup tup keluar entry makanan ni..

sebenarnya pagi tadi ternampak post sausage cheezy roll ni kat dalam facebook.. terliuq cek di buatnya..

after settle keja kat kedai, terus g beli bahan2 nak buat benda alah ni..
bukan susah pun.. yg perlu ada, roti.. sausage or hot dog, cheese n telur.

roti tu kasi leperkn dulu ye.. then letak sekeping cheese atas roti tu..
kemudian ambil 1pc sausage n letak atas cheese td.. after that kita gulung lah dia cantik2..

pecah kan 2 or 3 biji telur, letak secukup rasa garam n sefikit gula.. kemudian pukul sampai rata atau sebati.

panas kan minyak masak..

bila minyak dah masak, celupkan roti yg dah digulung tadi ke dalam telur dan goreng lah hingga masak...

toskan dulu supaya minyak turun ye..

dah sejuk skit, boleh lah makan..
pekena dgn kopi panas.. owh nyummy!!

try lah.. mmg sefap menyengat lah..


ok.. sekian dulu..daaaa
Chugie

selamat tahun baru 2013

Image
Assalamualaikum..

Alhamdulillah, dah masuk ke tahun 2013.
 buku baru... agenda baru.. misi baru..

moga tahun baru ni jadi labih bermakna lagi...

all the best!!!

wasalam.
Chugie..