Google+ Followers

Thursday, October 14, 2010

|| Langkawi || part 1 : Airport & Jom Ikan Bakar

Salam..
Syukur alhamdulillah.. dapat jua upload gambar2 masa di langkawi aritu..
Kami ke langkawi dengan sponsor dari company.
Yang mana sepatutnye kami ke China,
tapi atas sebab2 dan keinginanku yang tak seberapa ke negara Cina tu,
makanya, aku dan kawan yg lain sepakat ke Langkawi je..
Rombongan kami cuma seramai 10 orang (termasuk ahli keluarga)
Kami menggunakan pakej percutian Fireflyz..
Hotel dan flight termasuk sekali dalam pakej ni..
Harga pun tak lah mahal mana pun..
Kami bercuti 3Hari 2 Malam.. Tapi, jujur aku kata, memang tak cukup dan tak puas!
Ok lah, layan gambar sambil bercerita ye.. lebih mudah!


Gambar kiri tu masa di Subang Airport, Encik hubby dapat layanan 1st class dari staf2 kat sana,
almaklum lah.. OKU sementara.. heheheh:D
Sampai nak naik flight pun kami diberi keutamaan..best gak ler! heheheh..
Owh, anakandaku ini memang x boleh di control ye..
sangat2 lasak masa kat airport tu.
aku pun dah tak larat nak jaga n kejar die merata2..
silap2 terberanak aku di buatnye..
selamat lah ade anak2 kawanku, dorang yang pakat jaga dan main2 ngan fatin.
Seperti biasa.. bila naik firefly, dah semestinye ade jajan kan?
kami dapat kacang, biskut dan juices..
sangat2 best.. siap mintak berkali2 lagi..
Banyak songeh kan kami ni?? *wink*
Fatin yang lasak ini juga, memang tak reti duduk diam kat dalam flight tau!
kejap berdiri, kejap nak berjalan..
dan akhirnye aku bagi main lip glossku.. Hancur di buatnye..
Bila dah dapat jajan, baru die diam membisu..
Hubbyku yang setia dan bosan huhuhu..
Sian die, sebab kena paksa rela ikut aku ke Langkawi..
"Sekali sekala kan b...:D"

Ini lah Kawan2 anakandaku..
Selamatlah budak2 ni ada, peneman dan penjaga fatin kat sana.
Kalau tidak.. memang haru biru lah idupku..

Lebih kurang sejam dalam flight, barulah kami sampai ke Langkawi..
Sampai pun dah ngam2 makan tengah hari, so kami terus terjah JOM IKAN BAKAR!

JOM IKAN BAKAR LANGKAWI..
ha.. kedai ni memang famous tau!
dan sedappppppppppppp.. murah jugak!
tengok je lah gambar kedainye tu.. cam ala2 kat tepi laut je kan?
tapi sebenarnye kedai ni kat tepi jalan besar je..

Lokasinye,
Kalau keluar dari airport, belok kanan dan akan jumpa roundabout.
kat roundabout tu, korang amik angka 9 (belah kiri) jalan menuju ke pekan KUAH..
bila dah belok ke angka 9 tu, korang terus je dalam beberapa meter..
tengok belah kanan, akan nampak lah kedai ni.
Kedai ni berhadapan dengan foodcourt.
Senang je nak cari!

Gambar kiri tu, antara makanan yang di sajikan..
Ada macam2 hidangan tau. Bila tengok lauk2 ni, memang rambang mata di buatnye..
sayur pun ada bermacam jenis..
dan ulam2 yang best serta sambal belacannye..

Aku pekena ikan bakar dan sup daging.. memang sedap tau!
jumlah makan kami untuk tengah hari tu cuma RM40 untuk 10 orang tu..

gambar atas ni aku ambil selepas makan tengah hari kat situ..
dah abis makan baru tempat ni kosong..
hajat hati nak makan kat dalam pondok ni.. tp masa kami datang tu penuh lah pulak!

pssst: kat sebelah kedai ni ade satu kedai roti dan kek..
memang sedap lah! ownernye melayu.. dan tak kedekut tau!
kami sampai datang 2 kali ke kedainye nak beli roti dan donut.
sedap.. try ler kalau ke langkawi k!

tunggu part seterusnye nanti k..
daaaaaaaa
-chugie-
Suka baca? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

15 Good friends:

Huda said...

seronoknye chugie..rindu nk p langkawi lg :)

chugie said...

huda: ye.. sila lah ke langkawi.. sy ni pun x puas2 g ke sana..

SyidaGorjes said...

mesti chugie byk shopping kan?

chugie said...

syidaGorjes: huhu.. sakan..

aLyNnZ said...

Ooo alin tau tmpat ikan bakar nie tp xpg pun. next time lau g mesti pekena jom ikan bakar..tmptnyer menuju ke beras terbakar..

aLyNnZ said...

teringat kenangan ms alin g langkawi bln 6 yg lalu..mmg xpuas lar g langkawi tp time tu br lek 3 hr kena g outstation plak..hurmm agak bosan lar lau g tanpa family..huhu

chugie said...

alynz.. ye betul, die nak menuju ke beras terbakar tu.

heheh.. xpe, next time plan cuti lama skit kat sana k!

Fieza79 said...

best nya jenjalan Langkawi...lm dh tk g tau...

ehh syg nya leh ke china tp pkt tanak g ehh..knp la agak nya ye...

sz | m.s.s said...

wahhh best tuh dpt layanan oku sementara ye....mcm abang ipar la raya tahun lepas, kakak bawak keta turunkan dia kat shopping mall, tup2 pak guard tu bukak parking utk oku suh parking kat depan tu...horaa horee la dia..hehehee..privilege utk orang sakit kan...

Ena said...

ena tau kedai ikan bakar tu.. memg sedap pernah makan juga masa p kursus sebelum nie... huh terus kecur liur ni tau chugie.. huhu

Zura said...

murahnye makan...

Dilla Ady said...

wahhh..langkawi..bile la ade can nk gi sane..

kelakar jek tgk muke hubby chugie..cam pasrah jek kaki kena letak camtu..hihihi

tak puas tgk la chugie..gambar makannye jauh sgt..

|| NaFiRaa || said...

sonoknye!!! pergi ramai2 plak..

murahnye makanan kat situ.. RM4o hengget jek.. mmg boleh pergi makan sana selalu laaa...

chugie.. nak tanya.. pakej yang chugie amik nih mmg ade orang pickup kat air port ke?? ke chugie sewa kenderaan sendirik plak kat sana???

chugie said...

nafiraa: untuk kenderaan kami sewa sendiri..

dpt best price 3H2M cuma RM250 sahaja, kami dapat toyota Innova.

kalau kat tempat lain mau cecah RM180 sehari..

|| NaFiRaa || said...

chugi memang sewa sebelom pergi siap2 ke kenderaan tuh.. ke sampai sana baru carik tempat sewa kereta???



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

#ShakleeEffect (1) .Advancd Joint Health Complex (1) agama (1) Air selusuh (1) Ajht (1) aktiviti (7) Alfalfa Shaklee (3) angpow (3) Artis (1) award (8) baby (7) Bancuhan Performance drinks (1) Bau badan (1) bau mulut (1) Bayi (1) Bebelanku (111) berpantang (5) Berpuasa (2) birthday (16) blogger (4) bonus (3) Bonus Shaklee (2) Breastfeeding (2) Buasir (1) Cara nak banyak kan susu (2) Cara Simpan susu badan (1) Cekodok bilis (1) check up baby (4) Chewable vita c (1) Chinch Shake Shaklee (1) Cinch Shake (1) cita-cita (1) Collagen Powder Shaklee (5) Conference Global (1) confinement set (2) contest (31) control Berat ketika hamil (1) CoQ health Shaklee (1) CoQ10 (1) cuaca (2) Cyst (1) Darah Tinggi (1) decoration (1) Demam Kuning (1) detoks (1) Dhuha (1) Diabetes (1) dinner (1) Doa Ramadhan ke 8 (1) Eizmierah Mumnbabyshop (1) ESP dan Cyst (1) ESP Shaklee (6) Fadia (1) Fadiah (22) fatin (75) free trip shaklee (3) geram (6) Giveaway (22) Gla (1) GLA Complex (1) GLA OFFER (1) Gout (1) Gout dan Shaklee (1) hadiah (8) help (1) Herbal Blend Cream (1) Herblax Shaklee (3) Hubbyku (6) iklan (4) info (24) insuran (1) IT (1) jalan2 (17) Jantung (1) Jaundice (1) Jaundis (1) Join Ahli Shaklee (3) kad (1) Kanser (1) Kanser Pankreas (1) Keahlian shaklee (2) Kebaikan Vivix (2) kehamilan (12) Kejadian (3) kejayaan (2) keluarga (3) Kempis Perut (1) Kenapa vivix mahal (1) kesihatan (12) kisah (5) Kisah motivasi (1) Kolesterol (1) komen (1) krim Herbal Blend (1) Kronologi kelahiran (3) Kurma (1) Kurus (1) Lappyku (1) Lecithin Shaklee (1) Maher Zain (1) Majalah Wanita (1) MAK (1) Makanan (43) Manfaat menjadi ahli shaklee (1) Masakan (9) masalah berdengkur (1) Master Coordinator (3) MBP (2) Mealshake (1) Menu berbuka (1) Merokok (1) mood (4) mothercare (1) Multivitamin (1) Nuffnang (6) Nutriferon Shaklee (1) Offer (2) Omega Guard (1) Omega Guard Shaklee (2) open day (1) open house (1) Ostematrix (3) OsteMatrix Shaklee (3) pampers (1) penjawat awam (1) Penyimpanan susu ibu (1) Penyusuan (3) perayaan (1) Performance Drink (3) Performance Drink Shaklee (2) Performance Drinks Shaklee (1) permainan (3) pet pet (2) Petua (1) Phytocol shaklee (2) Pil Kalsium (1) poem (1) Pomo oktober (1) Power Pumping (1) Promo August (1) Promo March (1) Promo Oktober (1) Promosi (1) promote (1) puasa (3) puting luka (1) Ramadhan (1) raya (8) Razzi ArMansur (1) resepi (8) Resipi Bancuhan (2) resipi masakan (1) Restoran (14) reunion (1) Reward Shaklee (2) rezeki (1) Ringtone (1) Rumahku (4) sabtu (1) Sakit (2) Salam jumaat (1) sale (6) Sarapan (1) secret (1) Selulit (1) Selulit dan shaklee (1) Sengal (2) set berpantang (2) Set bersalin (1) Set Breastfeeding Shaklee (2) Set Buasir (1) Set Buasir Shaklee (1) Set Kesuburan (1) Set Milkbooster (1) Set nak hamil (1) Shaklee (44) Sharing (1) Shopping (2) show (1) Sijil Halal Shaklee (1) Slimming (2) sok sek (1) song (3) Soy Protein Isolate Powder Shaklee (1) speck (1) SR Vita C shaklee (1) stamp (1) sukan (3) suppliment (1) Suppliment Shaklee untuk Gout (1) Suppliment untuk ibu hamil (2) susu ibu (14) Tag (2) Tak sihat (1) taman (1) tanamanku (1) Terima kasih (1) Testimoni Nutriferon (1) Tips (2) Tips berpuasa Ibu Menyusu (1) Tips Biznes (1) toksin (1) Travel (11) Tukaran wang (1) ummi (3) ummi dan baby (10) Ummi dan fatin (9) Ustaz Don (1) Video Collagen (1) virus (3) vita C (1) Vitalea Shaklee (3) Vitamin (1) Vitamin C Shaklee (4) Vitamin E (1) Vitamin E Shaklee (1) Vitamin E untuk masalah berdengkur (1) Vivix (3) Vivix Shaklee (3) wedding (4)
 
Copyright @ Iezmierah 2012 | Designed By Shahada Fauzi