Google+ Followers

Friday, October 29, 2010

Bahaya Nyamuk Aedes

~Pic ehsan dr Yahoo image!~
Salam..
Harini aku nak bentang skit pasal hal Nyamuk!!
Memandangkan kes demam denggi ni dah semakin meningkat balik, so ada baiknye kita share info ni kan?
Nyamuk Aedes merupakan sejenis nyamuk yang biasanya ditemui di kawasan tropika.
Namanya diperolehi daripada perkataan Greek aēdēs, yang bererti "tidak menyenangkan",
kerana nyamuk ini menyebarkan beberapa penyakit berbahaya seperti demam denggi.
Ae. albopictus merupakan species yang sering ditemui di Asia.
Kakinya berbelang hitam putih.
Ae. aegypti juga terkenal sebagai penyebar denggi dan demam kuning.
Kitaran hidup nyamuk aedes bermula dari telur hingga dewasa mengambil masa kira-kira satu minggu. (perghh..giler dasat kan? kejap betul die membesar dengan jayanye!)
**Tabiat nyamuk aedes**
~Aedes senang dikenali dengan belang hitam putih pada badan dan kakinya
~Aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan waktu senja
~Aedes membiak dalam air jernih yang bertakung, sama ada di dalam atau luar rumah
**Tempat pembiakan nyamuk aedes**
~Dalam Rumah
~Akuarium
~Perangkap semut
~Pasu Bunga
~Timba
~Tempayan
~Kolam (kolah) mandi
~Tempat air peti sejuk
~Luar Rumah
~Tayar buruk
~Tempurung kelapa
~Botol/gelas pecah yang mengandungi air
~Salur air hujan
~Pokok Pisang
~Pokok Keladi
~Longkang yang tersekat
~Tangki septik (terdedah)

**Pencegahan pembiakan nyamuk aedes**
~Salin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga, kolam mandi tiap-tiap minggu dan basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru
~Buangkan air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok pinggan-pinggan itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk
~Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur
~Bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam
~Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir
~Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut untuk mencegah pembiakan nyamuk
~Peliharalah ikan seperti Ikan Gupi, puyu di dalam tangki besar kerana akan memakan jentik-jentik.
~Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (mengikut sukatan yang betul) ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali
(info ini seacrh by yahoo & wikipedia...)

pssst: Rasanya nyamuk sekarang ni macam dh up to date lah.. mana taknye, bila di sembur berkali2 pun, cuma pengsan je.. matinye tidak! lepas tu beranak makin banyak.


sekian dulu..
daaaaa
-chugie-
Suka baca? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

5 Good friends:

|| NaFiRaa || said...

betol lah chugie... kalo kat rumah memang x jalan pakai yang sembur tu.. kena pakai yg letrik.. pastu pakai ubat dia kena pakai yg gel punye.. itu pon pakai 15 hari jek.. lepas 15 hari trus nampak nyamuk terbang2..geram sungguh!!!

Huda said...

petang2 dh nak maghrib cepatle tutup pintu tingkap smua..nyamuk sekang bukan boleh kire kan..advance :)

Marsha~ said...

nyamuk skrg ni degil2 wooo.. dah sembur aerosol pun degil nak mampos

az rina a.k.a jaijina said...

si echa selalu no kene geget ngan nyamuk..rina lagilah, sampai luke kene gigit sbb garu punye pasal..abih dah kaki tak cantik lagi mulus..

zurazari said...

takut nyer ngn nyamuk nie...

bahaya kan...

tp macam susah jer nak bendung...

manjung da la kawasan fav aedes...

adoyai=))



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

#ShakleeEffect (1) .Advancd Joint Health Complex (1) agama (1) Air selusuh (1) Ajht (1) aktiviti (7) Alfalfa Shaklee (2) angpow (3) Artis (1) award (8) baby (7) Bancuhan Performance drinks (1) Bau badan (1) bau mulut (1) Bayi (1) Bebelanku (111) berpantang (5) Berpuasa (2) birthday (16) blogger (4) bonus (3) Bonus Shaklee (2) Breastfeeding (2) Buasir (1) Cara nak banyak kan susu (2) Cara Simpan susu badan (1) Cekodok bilis (1) check up baby (4) Chinch Shake Shaklee (1) cita-cita (1) Collagen Powder Shaklee (5) Conference Global (1) confinement set (2) contest (31) CoQ health Shaklee (1) CoQ10 (1) cuaca (2) Cyst (1) Darah Tinggi (1) decoration (1) Demam Kuning (1) detoks (1) Dhuha (1) Diabetes (1) dinner (1) Doa Ramadhan ke 8 (1) Eizmierah Mumnbabyshop (1) ESP dan Cyst (1) ESP Shaklee (6) Fadia (1) Fadiah (22) fatin (75) free trip shaklee (3) geram (6) Giveaway (22) Gla (1) GLA Complex (1) GLA OFFER (1) Gout (1) Gout dan Shaklee (1) hadiah (8) help (1) Herbal Blend Cream (1) Herblax Shaklee (2) Hubbyku (6) iklan (4) info (24) insuran (1) IT (1) jalan2 (17) Jantung (1) Jaundice (1) Jaundis (1) Join Ahli Shaklee (3) kad (1) Kanser (1) Kanser Pankreas (1) Keahlian shaklee (2) Kebaikan Vivix (1) kehamilan (11) Kejadian (3) kejayaan (2) keluarga (3) Kempis Perut (1) Kenapa vivix mahal (1) kesihatan (12) kisah (5) Kolesterol (1) komen (1) krim Herbal Blend (1) Kronologi kelahiran (3) Kurma (1) Kurus (1) Lappyku (1) Lecithin Shaklee (1) Maher Zain (1) Majalah Wanita (1) MAK (1) Makanan (43) Manfaat menjadi ahli shaklee (1) Masakan (9) masalah berdengkur (1) Master Coordinator (3) MBP (2) Mealshake (1) Menu berbuka (1) mood (4) mothercare (1) Nuffnang (6) Nutriferon Shaklee (1) Offer (2) Omega Guard (1) Omega Guard Shaklee (2) open day (1) open house (1) Ostematrix (3) OsteMatrix Shaklee (3) pampers (1) penjawat awam (1) Penyimpanan susu ibu (1) Penyusuan (2) perayaan (1) Performance Drink (3) Performance Drink Shaklee (2) Performance Drinks Shaklee (1) permainan (3) pet pet (2) Petua (1) Phytocol shaklee (1) Pil Kalsium (1) poem (1) Pomo oktober (1) Power Pumping (1) Promo August (1) Promo March (1) Promo Oktober (1) Promosi (1) promote (1) puasa (3) puting luka (1) Ramadhan (1) raya (8) Razzi ArMansur (1) resepi (8) Resipi Bancuhan (2) resipi masakan (1) Restoran (14) reunion (1) Reward Shaklee (2) rezeki (1) Ringtone (1) Rumahku (4) sabtu (1) Sakit (2) Salam jumaat (1) sale (6) Sarapan (1) secret (1) Selulit (1) Selulit dan shaklee (1) Sengal (2) set berpantang (2) Set bersalin (1) Set Breastfeeding Shaklee (2) Set Buasir (1) Set Buasir Shaklee (1) Set Kesuburan (1) Set Milkbooster (1) Set nak hamil (1) Shaklee (44) Sharing (1) Shopping (2) show (1) Sijil Halal Shaklee (1) Slimming (1) sok sek (1) song (3) Soy Protein Isolate Powder Shaklee (1) speck (1) SR Vita C shaklee (1) stamp (1) sukan (3) suppliment (1) Suppliment Shaklee untuk Gout (1) Suppliment untuk ibu hamil (2) susu ibu (14) Tag (2) Tak sihat (1) taman (1) tanamanku (1) Terima kasih (1) Testimoni Nutriferon (1) Tips (1) Tips berpuasa Ibu Menyusu (1) Tips Biznes (1) toksin (1) Travel (11) Tukaran wang (1) ummi (3) ummi dan baby (10) Ummi dan fatin (9) Ustaz Don (1) Video Collagen (1) virus (3) vita C (1) Vitalea Shaklee (2) Vitamin (1) Vitamin C Shaklee (3) Vitamin E (1) Vitamin E Shaklee (1) Vitamin E untuk masalah berdengkur (1) Vivix (2) Vivix Shaklee (2) wedding (4)
 
Copyright @ Iezmierah 2012 | Designed By Shahada Fauzi