Posts

Showing posts from June, 2009

Hadiah yang fatin dapat..

Image
Ini adalah sebahagian dari hadiah2 pemberian dari rakan2 aku dan hubby.. Alhamdulillah, murah rezeki anak aku ni.. Tak lupa juga dengan duit yang terkumpul mencecah 4 angka yang memang boleh dikatakan banyak gak, Ummi ngan ayah dah plan untuk masuk kan duit tu dlm tabung haji insyallah..







Exclusive pics of my lil baby..

Image
Exclusive pics untuk tontonan korang sume.. harap berpuas hati ek. Muka baby aku ni berubah2 ikut keadaan dia.. muka tak sememeh aku x nak letak huhuhu.. x comei..

Ni lah my lil baby.. Nur Fatin Adlina..

Gambar atas ni gambar fatin baru je di lahirkan, rasanya tak sampai sejam lepas keluar dari labour room. Nampak chubby sangat pipi die tu, geram aku.


Ini pulak gambar fatin masa dia di tinggal kan di PMC untuk treatment Demam kuning.. Sedih woo masa ni.. sebab berjauhan dengan babyku uwaaaaaaaaaaaaaa:((Ini gambar fatin masa umur 35hari.. dah pandai pandang camera bila aku amik gambo die. Cam nampak je kat kita bila die senyum cam tu.. tomey nye die mase ni heheh..



Dua gambar kat atas ni adalah gambar yang latest aku ambil pagi tadi. Sempat g snap pics si kecik ni. Gambar baru bangun tido.. masa ni mood die tengah bagus sesangat.. lepas tu, mula lah die mengada2 merengek.. minta susu lah, ape lagi.

Detik itu.. - Melahirkan baby fatin

Salam..

Detik itu..

Aku pasti setiap orang yang pernah merasai saat melahirkan anak tentu mengalami berbagai-bagai pengalaman, dan bukan semua akan melalui detik yang sama. Begitu juga dengan aku. Tiap apa yang kita impikan dan harapkan bukan selalunya akan kita dapat. Segalanya sudah menjadi ketentuanNya. Cuma, nasihat aku.. pada yang akan melalui DETIK ITU, siap kan diri dan lengkapkan diri dengan segala yang ada dan paling penting sekali jangan pernah lekang bibir ni mengungkap kalimah Allah lelebih lagi bila dah nk sampai waktunya.. pada aku, tu je yang dapat membantu kita bila dah berada dalam DETIK ini..

Ok, bercerita tentang detik itu, aku telah di arahkan oleh doktor utk masuk wad pada pagi isnin 11.05.2009, selepas seminggu dapat MC dari doctor untuk menunggu bukaan seterusnya selepas bukaan rahim aku hanya 2cm sebelumnya, dalam seminggu tu memang tak ada langsung tanda2 nak bersalin, sakit pun tak rasa (aku siap berjalan sakan lagi di saat akhir nak bersalin tu). Jadi pagi isni…

Kini Aku kembali..

Salam semua..

Lamanya tak update blog.. aku pasti ramai yang dah merindui aku dan cerita2 aku ni ekekekek (perasan sendiri je aku ni ahahah). Begitu juga lah aku, jari jemari ni dah terlalu gatal nak menaip cerita2 yang dah lama aku simpan masa hari2 berpantang ari tu. Untuk pengetahuan semua, aku telah selamat melahirkan baby pada 11.05.2009 hari tu, baby girl seberat 3.8kg, dengan panjang 5.6cm. Nama Baby aku Nur Fatin Adlina yang maksudnye Cahaya yang memikat keadilan kita. Dilahirkan secara C-Section kerana baby aku yang boleh dikatakan agak besar. Nanti aku ceritakan detik2 itu k..

Alhamdulillah, aku dah melepasi 44 hari berpantang yang memang penuh dugaan dan cabaran. Kalau di beri pilihan antara mengandung, bersalin dan berpantang. Aku akan say NO pada berpantang. Tak sanggup aku, semuanya harus di jaga rapi, bukan setakat fizikal je, malah mental,emosi, tenaga dan byk lagilah. Pada yang dah melalui hari berpantang ni, pastinye dapat rasa ape yang aku rasai. Tapi mungkin gak p…