My Lovely Followers

Google+ Followers

Friday, April 25, 2008

Hubungkait antara Fungsi Badan dan Tanda2 sakit

Antara Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda:
1. MATA.
Bertindak balas dengan keadaan hati.
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi.Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja v) Ketegangan mata dan kelopak . Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG .
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema: Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong. b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3) Batuk
a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakanRG.
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4). KERONGKONG
i) Kerongkong kering . Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong . Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5) BIBIR .
Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6) MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser) Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7) TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8) KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

2. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

3. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

4. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

9) RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

10) SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b) KEBAS TANGAN Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN . Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana , ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku. d

d) KEBAS KAKI . Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

e) SAKIT TAPAK KAKI . Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f) SAKIT TUMIT KAKI . Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI. Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin. h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI . Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

11) TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk) . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

12) MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
1. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

2. MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser.

3. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK . Tanda sakit jantung.

4. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

13) KENCING
a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang byk
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak. d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

14) BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/ keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

15) BADAN a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

16) RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

17) CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

18) RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

19) RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

20) SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

P/S: sama2 lah kite mengambil langkah untuk menjaga kesihatan.. ceria2 selalu k..;)
Suka baca? Mekaseh! (^_^)

Wednesday, April 23, 2008

Dah tinggal kenangan pun..

Baru2 ni aku bermimipi kan die.. seseorang yg pernah ade dalam hidup aku... arghh.. bosan je bile teringatkan die.. nth macam mane lah si mamat ni bleh muncul dlm mimpi aku, aku pn x tau lah.. kalu ikutkan memang dh lame die x de dalam idup aku.. makan tahun gak lah. hmm.. gaknye die pn teringak kat aku kot hahahah:)) (ces..never n ever lah)

dalam YM aku bercerita psl mimpi ni kat kwn yg sememangnya sangat rapat dengan aku. Die je yg byk tau psl hal2 aku n mamat tu, dr stat aku bercinta sampailah putus, hanya pd die lah tempat aku mengadu n belajar utk melupakan "die".. aku cite lah kat kwn aku tu yg aku mimpikan "die"sedangkan aku mmg x teringat langsung pn kat "die", n mmg x hingin nk mimpikan die.. nth mcmane nth bleh plak muncul dlm mimpi aku..huhh SENGAL!! rs nk nangis je bile igtkan die.. nape lah bleh teringat plak.. dalam YM tu, kwn aku tanye, aku still de rs syg kat die atau x.. aku jwb sejujur2nye yg aku dh x de ape2 perasaan pn kt "die" , n aku dh memang x ingat die langsung... cerita antara aku dan die sememangnye dh lame padam dlm hidup aku. Kalu boleh x nk amik tau n x nk dengar ape2 pn psl die.

Ni lah antara mimpi yg cube aku elak kan dtg dlm tidur aku.. kalu dulu bile teringat kan die sure aku akan menangis..(membazir air mata je time tu aku nangis, die kat sane nth2 tengah bersuka ria tul x?) sememangnye aku paling x suke bile mimpikan die.. dan aku rase mesti org lain yg penah putus cinta pn x akan mengharapkan yg die akan bermimpi atau igat ex die tu tul x? mcm tu jugak lah aku, kalu boleh jgn di sebut name die, sure aku akan rs nk melempang je org yg menyebut tu..punyelah teruknye keadaan aku mase tu. Tp sekarang dh xde perasaan tu sume.. n aku pn dh bleh handle keadaan.. Biarlah kenangan tu jd kenangan sampai bile2..

P/s: just nk confirm kan je. (ni dpt cite dr org) betul ke bile kite teringatkan kat seseorang yg dh lame x de dlm hidup kite, n tibe2 die muncul dlm mimpi kite, maknenye org tu sebenarnye dh meninggal dan mintak kite doakan die.. emm betul ke??? de sape2 leh jwb???
Suka baca? Mekaseh! (^_^)

I'll Be missing you by Puff Daddy feat faith evans and 112

Every day I wake up
I hope I'm dreamin'
I can't believe this sh*t
Can't believe you ain't here
Sometimes it's just hard for a nigga to wake up
It's hard to just keep goin'
It's like I feel empty insideWithout you bein' here
I would do anything man, to bring you back
I'd give all this sh*t, sh*t the whole knot
I saw your son today He look just like you
You was the greatestYou'll always be the greatest
I miss you Big
Can't wait till that day,
When I see your face again
I can't wait till that day,When I see your face againYeah...
this right here(Tell me why)
Goes out, to everyone, that has lost someone
That they truly loved
(C'mon, check it out)(Puff Daddy:)
Seems like yesterday we used to rock the show
I laced the track, you locked the flowSo far from hangin' on the block for dough
Notorious, they got to know that
Life ain't always what it seem to be (uh-uh)
Words can't express what you mean to me
Even though you're gone, we still a team
Through your family,I'll fulfill your dream (that's right)
In the future, can't wait to seeIf you open up the gates for me
Reminisce some time,the night they took my friend (uh-huh)
Try to black it out, but it plays again
When it's real, feelings hard to conceal
Can't imagine all the pain I feel Give anything to hear half your breath(Half your breath)
I know you still living your life, after death

CHORUS:(Faith Evans:)
Every step I take, every move I make
Every single day, every time I pray
I'll be missing you
Thinkin' of the day, when you went away
What a life to take, what a bond to break
I'll be missing you
(Puff Daddy:)I miss you Big
It's kinda hard with you not around (yeah)
Know you in heaven smilin' down (eheh)
Watchin' us while we pray for you
Every day we pray for you
Till the day we meet again
In my heart is where I'll keep you friend
Memories give me the strength I need(Uh-huh) to proceedStrength
I need to believeMy thoughts Big I just can't define (can't define)
Wish I coul turn back the hands of time
Us in the 6, shop for new clothes and kicks
You and me taking flicksMakin' hits, stages they receive you on
I still can't believe you're gone(Can't believe you're gone)
Give anything to hear half your breath(Half your breath)
I know you still living you're life, after deathRepeat chorus

Somebody tell me whyOn that morningWhen this life is over
knowI'll see your face
(112:)Every night I pray, every step I takeEvery move I make,
every single dayEvery night I pray, every step I take(Every day that passes)
Every move I make, every single day(Is a day that I get closer)(To seeing you again)
Every night I pray, every step I take(We miss you Big... and we won't stop)
Every move I make, every single day(Cause we can't stop... that's right)
Every night I pray, every step I takeEvery move I make, every single day(We miss you Big)
Suka baca? Mekaseh! (^_^)

Warkah Sedih Seorang Bapa

Warkah Sedih Seorang Bapa. ( Sad story dr email yg di hantar oleh member, just nk share dengan others)

Al~Fatihah.. .

akhirnya pada usia 150 hari, anakku mengadap Pencipta-nya A'kum w.b.t... Setelah bertarung dengan penyakit yang secara purata pengidapnya hanya dapat bertahan setakat 2 minggu selepas dilahirkan (hypophosphatasia- komplikasi dengan kandungan kalsium dalam tulang belakang), akhirnya perjuangan Alesha Abriza, satu-satunya permata hatiku berakhir sebaik sahaja azan subuh 13 Mei 2006 (15 Rabiulakhir 1427) berakhir. Pada subuh itu, genap usianya 150 hari di muka bumi ini. Dari jumlah itu, hanya 2 hari beliau berada disisi kami di rumah dan selebihnya di wad NICU Hospital Putrajaya dan Hospital Seremban. Alesha tetap memberikan senyuman kepada kami disaat-saat akhir kehidupannya. Beliau tidak pernah menyusahkan kami malahan doktor dan jururawat yang merawatnya.
Dimalam terakhir hayatnya, Alesha langsung tidak menganggu kami. Sepanjang malam itu, Alesha tidur dengan amannya. Pada pukul 4.40 pagi, Alesha mulai menunjukkan tanda-tanda akan meninggalkan kami selamanya. Tubuh badannya mulai membiru dan menjadi sejuk. Pihak hospital memberikan ruang kepada kami anak beranak untuk bersendirian. Kami bertiga, Alesha, isteriku dan aku sendiri berpelukkan dan membisikkan kalimah tauhid di telinganya. Sejenak sebelum Alesha menghembuskan nafasnya, azan subuh berkumandang. Isteriku memohon pada Alesha, katanya: "Lesha sebelum pergi senyumlah pada mama... mama dan papa redha Alesha pergi... senyumlah sayang". Kata-kata itu akan menjadi tangkal bagi saya selama-lamanya. Seolah-olahnya Alesha Abriza faham akan permintaan dari ibunya itu. Alesha telah menoleh pada ibunya, memberikan sekuntum senyuman yang paling manis buat ibunya, jelas juga kelihatan setitik air matanya mengalir di penjuru matanya, sebelum nafas terakhirnya diragut! Maka sempurnalah sudah rahmat Allah kepada hambaNya pada pagi itu. Impian isteriku untuk memandikan Alesha akhirnya terlaksana jua setelah tidak berkesempatan memandikannya sewaktu hayat Alesha.

Pagi itu, jenazah Alesha dimandikan sendiri oleh ibunya. Sebaik sahaja jenazah Alesha dikapankan, kami telah dibenarkan untuk menciumnya. Sungguh tidak tertahan-tahankan air mataku mengalir ketika mencium dahi kecil Alesha dan membisikkan kata-kata tauhid di telinga arwah serta menyatakan bertapa aku terlalu sayangkannya, aku redha pemergiannya dan aku akan terus menganggapnya sebagai anak sulungku selamanya! Sewaktu jenazah disolatkan, ramai yang memohon agar aku sendiri mengimamkan solat jenazah. Namun aku takut tidak termampu nanti untuk membaca ayat-ayat Allah dengan betul mahupun takut tidak termampu untuk membaca doanya kerana terlalu pilu. Aku cuma mampu berdiri di shaf hadapan sahaja ketika itu. Bersolatpun dengan cucuran air mata yang tidak tertahan-tahan. Satu kejadian yang kurasakan istimewa pada masa itu adalah, sebaik imam mengangkat takbir, hujan turun dalam suasana mendung. Seakan-akan menangisi pemergian seorang bidadari syurga. Hujan tersebut betul-betul terhenti sebaik sahaja jenazah selamat dikuburkan dan doa arwah selesai dibacakan!. Mungkin itu satu petanda rahmat dari Allah untuk bayi yang tidak berdosa itu.

Di tanah kuburan, aku sendiri menyempurnakan pengebumian arwah. Aku sendiri menunggu arwah di liang lahad, aku sendiri melonggarkan ikatan kain kafannya, dan aku sendiri membuka penutup mukanya. Saat itu, saat ku buka penutup muka arwah, jelas kelihatan rupa Alesha yang tersenyum. Satu senyuman yang maha indahnya. Muka Alesha juga amat cantik dan berseri-seri. Indah bercahaya rupanya sehinggakan tika aku merapatkan mukanya ke tanah di dalam lubang lahatnya, masih jelas kelihatan cahaya dari mukanya. Satu lagi peristiwa yang kurasakan agar istimewa berlaku. Tika kuburan selesai ditutup, saat menunggu imam membacakan doa bagi arwah (talkin tidak dibacakan kerana Alesha seorang bayi), jelas kedengaran di telingaku suara seseorang berkata: "Dua bidadari syurga sedang menunggunya. .. janganlah kamu risau." Suara itu amat jelas kedengaran seolah-olah bercakap kepada semua yang hadir pada masa itu. Selesai pengebumian, saya bertanya pada isteri dan ahli keluarga semuanya tidak mendengarkannya.

Semoga, Alesha beroleh rahmat Allah. Saya bersyukur kerana diberikan peluang untuk menjadi seorang ayah, walaupun hanya seketika. Saya berpeluang merasa menjaga isteri ketika mengandung dan berpantang. Semua pengalaman itu telah menjadi rahmat yang tidak terhingga dari Allah. Insyallah, saya masih bersedia untuk mengulanginya.

Al-Fatihah untuk Alesha Abriza binti Shamsul (15 Dis 2005 - 13 Mei 2006)
by:shamsul shamdin @ laloque

P/s: menitik air mata aku bile baca warkah ni.. memang sedih n tersentuh betul:((
Suka baca? Mekaseh! (^_^)

Wednesday, April 16, 2008

Hang out @ CHILIS One Utama

Chilis Grill & Bar..



Sure ramai yg tau restoran ni kan?? Semalam aku hangout ngn one of sahabat baik aku, zora. Memang dh lame pn plan nk hang out kat chilis ni, so smlm jadi gak ktorg lepak sesame. Sepatutnye Cik Barin pn ade sekali, tp aku plak lupe nk confirm ngan die psl planning ni, and die pn sememangnye bz kot.. So, hanya aku n zora je jmpe. Pas abis keje, aku terus g OU.. sampai memang awal gile lah. Janji nk jmpe kat sane dlm kul 6 lebih camtu, tp di sebabkan aku balik awal, so trus je lah g sane..malas plak nk stay kat opis lelame, nanti kene buat keje...so baik CABUT!! Lagi pn dari opis aku ke OU bukan jauh pn, dlm 15 minit dh sampai. Aku sampai OU dalam kul 5.30, zora plak mmg sampai lambat sbb die dr Shah Alam. So sementara tunggu minah ni datang, aku pn merayap lah kat sekitar dalam OU ni.. dh bosan sbnrnye g OU ni sbb bleh dikatekan every weekend gak lah dtg sini dating, x pun g shopping atau tgok wayang hehehe..



Lame gak lah aku tunggu zora sampai, dekat kul 7 baru die sampai OU. Hujan lebat kat luar rupenye pastu jem plak mase OTW ke OU thats why lah die lewat sesangat sampai. Sempat gak lah aku shopping barang dapur kat Giant mase tunggu die. Lepas tu ktorg terus pegi Chilis, sebab kaki aku pn dh sakit bejalan ngn high hill plak tu. Sampai je kat Chilis, dh de org tunggu utk serve ktorg seat n amik order.. memandangkan ni kali pertama aku makan kat Chilis, so ktorg just mintak waiter tu suggest kan pe makanan yg best utk ktorg makan.. waiter tu memang peramah walaupun baru je keje kat situ heheh.. sempat g aku interview die hikhikhik.. Kt org order 2 meal n air, sbb meal die memang besar. air kat sane bleh refill, so sesape yg nk n tgh planning nk g makan kat sane, korg jangan lah risau sbb air memang bleh tambah sebanyak mane korg suke sampai perut korg kembung hahahah:)).. sambil makan tu, ktorg sempat gak amik gambar makanan n pose2 yg cun kat dlm tu, tp aku x dpt g pics2 tu sbb gune kamera zora. Boleh dikatekan sume meal kat situ memang nmpak menarik n sedap. harge mcm biase lah, standard price kat restoran2 n cafe lain.



Pas dh puas makan2 n borak2, ktorg gerak plak g jusco. sebab zora nk cr present utk bezday hubby die n adik ipar die yg bakal dpt baby x lama lagi.. sampai2 je kt jusco, bukannye dpt brg yg nk dicari, tp brg lain plak yg die beli.. aduh..pening aku ngn makcik ni.. lain yg di cari, lain plak yg di belinye.. lame gak lah ktorg jalan kat dalam jusco tu n abis sume bahagian ktorg tawaf hehehe... aku memang x beli pape pun walaupun byk yg berkenan sbb nk tunggu Jcard 18hb ni. So time tu baru aku hentam habis-habisan..rabak lah aku jawabnye.. kui kui kui



Dekat kul 10 ktorg gerak dr OU n balik umah... kul 10 lebih gak lah aku sampai umah. Penat yg amat sangat, tp memang happening sbb dpt jmpe die.. mcm2 bende ktorg cite. Next time ktorg plan utk makan kat tpt lain plak, but still x decide nk g mane lg.. gambar2 akan di upload kemudian ek, tu pn kalu aku still free nk upload ngeh ngeh ngeh...



k lah chiowwwwwwwwwwwww!!
Suka baca? Mekaseh! (^_^)

Friday, April 11, 2008

Kenapa aku???

Salam..

-10:56 mlm-

Tengah best2 layan blog, phone aku bunyi lak.. msg dr Bos??? erk pe lagi lah die nk memalam ni.. patutnye die dh bertolak g oversea dh mlm ni.. msg tu bg tau yg isnin ni ade sales talk untuk sume dealer central region.. so sume dealer kene hantar bos as wakil (compulsory) untuk attend conference tu.. pelik gak asal lah bos aku ni send sms ni kat aku plak.. silap gaknye, x sempat nk delete msg tu, bos aku terus call.. rupenye die send sms tu sbb nk bgtau yg aku kne jd wakil opis untuk attend conf tu. Arghh...nape lah aku yg kene.. bukan ke de org lain lg yg sepatutnye layak..?? aduhhh dh ler bosan conference2 ni.. pastu ngan bos2 lak tu. Aku ni kuli je...eeeeeeeeeee ape ke hei nye lah bos aku ni.. silap org ke pe??? dah lah kene g awal lak tu..adushhh... pe nk buek??? ikutkan je ler...

Belasahhhhhhhhhhh..
Suka baca? Mekaseh! (^_^)

Tuesday, April 8, 2008

Hujan..

Hari nk ujan daaaaaaa..



Dari dalam opis ni, sempat g aku jengahkan kepala untuk tgok keadaan kat luar tu.. Langit dah Gelap, dh x de terangnye dah.. mesti lebat sangat ujan petang ni.. takutnye bile tengok cuaca camni.. mcm2 pikir kat kepala ni..nauzubillah.. hmm.. sekarang ni cuaca dah makin x menentu. Kejap panas memanjang, kejap lagi ujan je.. x macam dulu, dh tau bile musim hujan n bila musim panas n musim buah ( musim yg paling aku suke sebab boleh makan macam2 buah especially DURIAN).. heheh



Petang ni pun hujan lagi. Nampaknye kene lah bawak keta pelan2, takut gak kalu jalan licin ni macam2 bende bleh jadi..



Hujan.. aku memang suke hujan. Rase tenang je bile tgok air hujan turun dr langit.. teringat mase kecik2 dulu, pantang hari hujan, sure berlari kuar umah untuk mandi hujan, bukan aku sorg plak tu yg mandi hujan, kengkawan yg tinggal dekat2 ngan umah aku pn ikut join sekali mandi. Tp aku x de lah mandi hujan selalu, kalu mak ngan abah x de kat umah baru leh jalan kan operasi, kalu x sure kene marah n dh semestinye aku n adik beradik aku kne hukuman yg setimpal dengannye..

Emm indahnye zaman kanak2.. rase nk pegi balik kat zaman mase budak2 dulu. X payah nk pikir banyak bende.. relax je.. nk duit, mintak kat mak.. nak beli tu, nk beli ni sebut je, insyallah dapat.. x mcm sekarang, nk beli pape, kne de duit sendiri.. hehhehe cm aku ni x bersyukur plak kan?? tp ape pun aku tetap bersyukur atas pe yg aku terima n lalui sekarang ni.. walaupun kadang2 tu aku lupe dan alpa, tp tetap akan beringat utk masa hadapan.. aku pun manusia biasa yg serba kekurangan dan masih belajar untuk lalui kehidupan yg aku sendiri pn x tau ape yg ade kat depan tu nanti..

Rase mcm banyak bende dh berubah, emm kalu dulu aku di tanggung oleh mak ayah aku, tp sekarang ni aku plak yg menanggung dorg.. baru lah tau cmne rasenye bebanan tu..
Suka baca? Mekaseh! (^_^)

Monday, April 7, 2008

Selangor vs Kedah

Malam minggu yg lepas aku g tengok bola kat stadium shah alam. Selangor vs Kedah.. wah memang semangat mase nk g tgok mlm tu. Walaupun sebelum tu aku memang di pakse oleh tunang aku untuk temankan die tgok bola, tp last2 aku plak yg bersemangat waja nk tgok game tu hehehe.. Aku sampai kat stadium dlm kul 5.30, terus beratur beli tiket sbb org pn dh mule ramai mase tu. Kat tpt kaunter tiket pn memang dh ramai yg bukak gerai jual baju jersi, cap kain rentang, n mcm2 lagi lah. Memang meriah tul suasana kt situ.. aku pn memula nk gak sambar 1 jersi Selangor, tp x beli gak sbb aku bukannye selalu sgt g tgok bola. Pas abis beli tiket ktorg jenjalan kat PKNS shah alam sementara tunggu game mlm tu.. sempat gak lah shopping 2 3 bende kat PKNS n abis gak 100 duit aku kui kui kui kui.. Kat kul 7 ktorg dh gerak balik g stadium, takut kalau2 parking penuh.. n mase sampai kt stadium parking pn dh mule sesak, selamat gak lah dpt parking keta, kalu x terpakse lah park kat tepi2 jalan besar tu je.

Sebelum masuk stadium, aku solat magrib dlu pastu baru cari seat.. selamat belum penuh g, so dpt gak lah seat depan2 padang, baru syok skit tgok bola.. mlm tu memang ramai penyokong selangor dtg.. rs meriah sgt bile tgok bendera2 merah kuning di kibarkan.. n bertambah semangat lg bile dgr bunyi gendang..huhhh memang bersamngat tul aku mase tu heheheh:)).. Bile pemain masuk padang, sume penyokong mule bersorak termasuk lah aku yg bersemangat waja ni huhuhu..

Tp sayang, Kedah mendahului gol 1-0.. frust memang frust lah sbb selangor kalah. tp selamat gak 1 gol je, kalu x..lg lah sedih. ramai penyokong yg bengang, x puas hati n sedih gak sbb kalah. termasuk lah aku...:(
Suka baca? Mekaseh! (^_^)

Wednesday, April 2, 2008

"April Fool"

"1 April = April Fool"

Aku dah terkena!! dan org yg mengenakan aku tu x lain x bukan kawan baik aku gak.. Cik Barin. Senang2 je aku leh terkena. Hanya dengan 1 sms je aku dh terkena dan terpedaya.

cite die cam ni, Mase tu aku tgh drive keta untuk balik umah.. Tibe2 Hp aku bunyi (incoming msg). Aku pn bukak lah, msg tu bunyi cam ni..

RM30.00 has been succesfully transfered to your account
from 017*******. enjoy more benifits.
More information, Press down..
Masa ni muke aku dh berseri2 dah. dalam hati dh seronok gile sebab dpt free top up heheh.. lastly bile press down je..,
Mimpi la!
sape nk bg Free2!!
APRIL FOOL!!...
hahahahahahhaa...
rupenye ni hanya sms nk mngenakan aku je.. Punye lah aku rs happy sebab akan dpt kredit..rupe2nye dapat APRIL FOOL cis!
Then aku pn ape lagi, trus lah forward kan sms tu kat sume kengkawan aku... hahahah dorg sume bengang giler dpt msg tu. Jadi semalam ramai lah yg terkena ngn sms tu hehehe..
antara yg terkena n msg yg dorg reply:-
akak: ko dah x de keje lain ye?
k.linda: ceh, t'kono den
k.ina: cis! ingatkan z mimpi td
tunang aku: ingatkan rejeki td..
yang lain nye x reply pun, maybe bengang tahap GABAN!! huhuhuhuu;)) ape pun...sume yg terkena tu mesti enjoy sbb dpt sms yg best ni and dpt kne kan balik kengkawan dorg hehehehe :-D.
p/s: memang tiap tahun aku akan terkena april fool, igtkan tahun ni dh x kene, tp ropanya kono gak!! hampeh tul.
Suka baca? Mekaseh! (^_^)

Tuesday, April 1, 2008

- Minggu yg penuh -

Salam...



uh... Akhirnye..dapat gak posting dlm blog ni.. Sejak minggu lepas jadual dlm hidup aku sememangnye penuh. Penuh dengan kerja kat opis yg seperti biasanye memang aku kene lalui untuk hit target bulan march, dengan prepare beli barang hantaran, nak cari katering, buat tu, buat ni arghhh... Penat jangan kirelah. sampai kat umah pn kadang2 stil kene buat kerja opis.


Dalam ke'bz'an aku, abah plak accident jatuh longkang.. die cume patah kaki, selamat x de cedera teruk. so kene gak lah berulang tgok die kat hospital.. tp x de lah tiap hari, lagipun isteri die (mak tiri aku ) de untuk jage die kat sane. hai..macam2 lah.. Selamat lah x de luke2 lain, tapi kesian gak ngan abah sbb sebelum ni pn die penah accident n patah kaki.. so ni kali kedua kaki die yg sama patah lagi.. Seminggu kat hospital, abah mintak keluar sebab die kate bosan duk sane. Doktor dah nasihat kan supaya jangan keluar dulu, sebab kaki die belum pn buat operation utk masukkan besi. Tapi abah tetap gak berkeras nk balik.. Geram gak ngan abah ni kadang2, tp nk buat mcmane, aku sebagai anak nk pakse pn x leh gak.. dah pujuk n dh nasihat die, tp die still gak berkeras nk balik umah.. payah..payah abah aku ni..


Lastly ari ahad lepas aku dtg gak bwk die keluar dr hospital tu.. sehari sebelum bwk die keluar ade sikit incident berlaku antara aku adik beradik ngan doktor yg bertugas mase tu. Name doktor tu DR Lee. Doktor tu langsung x de manners mase bercakap ngan ktorg. Dah lah bercakap x pandang org, macam ktorg ni hine sangat, Siap marah2 ktorg sbb abah nk keluar hospital, sedangkan ktorg dh try nasihat n pujuk abah untuk stay kat hospital tu.. x pasal2 je ktorg kene marah.. geram betul lah ngan doktor tu.. rase nak complaint je kat Head die.. padan ngan muke die eeeee..


Pagi ahad, aku bwk abah balik umah.. n sebelum tu sempat gak bagitahu n gertak die skit psl kaki die yg patah tu, mane lah tau die tukar fikiran ke. Tp x jalan gak.. so ikut kan je lah.. Tp aku sempat gak bgtau die, kalu rs sakit sangat kaki tu bgtau ktorg, n ktorg akan hantar terus g hospital.. So far buat mase ni alhamdulillah, die pn x ngadu pape.. tp aku still risau gak sbb kaki die memang x sambung pape pun.. TAWAKAL je lah.. Balik dr hantar die, aku rushing plak g cari kan kerusi roda n tongkat untuk die. Cari satu Sungai buloh, sume kedai x bukak plak.. aduh payah betul mencarinye.. sampai ke damansara gak cari farmasi yg bukak n jual wheel chair tu.. akhirnye aku dpt gak cr kat TESCO Mutiara Damansara. Tak sangka plak Farmasi kat area sungai buloh ni tutup ari ahad.. pe lah dorg ni.. Pas anta kerusi roda kat abah, aku terus balik umah.. penat gile beb.. sampai je umah kne masak plak n pastu aku tido sampai petang hehehe..

Itu lah ceritera perjalanan hidup aku untuk satu minggu yg lalu... k lah, kne buat keje dlu.. daaaaa
Suka baca? Mekaseh! (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

.Advancd Joint Health Complex (1) #ShakleeEffect (4) agama (1) Air selusuh (1) Ajht (2) AJHT shaklee (1) aktiviti (7) Alfalfa Shaklee (3) angpow (3) Artis (1) award (8) B Complex (2) baby (7) Bancuhan Performance drinks (1) Basic H (1) Bau badan (1) bau mulut (1) Bawang putih (1) Bayi (1) Bebelanku (114) berpantang (5) Berpuasa (2) Bersyukur (1) birthday (16) blogger (4) blogku (1) bonus (3) Bonus Shaklee (2) breastcanser (1) Breastfeeding (2) Buang angin (1) Buasir (1) Cara nak banyak kan susu (2) Cara Simpan susu badan (1) Carotomax (1) Cedera Lutut ACL (1) Cekodok bilis (1) check up baby (4) chew c (1) chew vitalea (2) Chewable vita c (2) Chinch Shake Shaklee (1) Cinch Shake (1) cita-cita (1) Collagen Powder Shaklee (5) Conference Global (1) confinement set (2) contest (31) control Berat ketika hamil (1) CoQ health Shaklee (1) CoQ10 (1) cramps (1) cuaca (2) Cyst (1) Darah Tinggi (1) decoration (1) Demam Kuning (1) detoks (1) Dhuha (1) Diabetes (2) dinner (1) DIY (1) Doa (1) Doa Ramadhan ke 8 (1) Eizmierah Mumnbabyshop (1) Emas (1) ESP dan Cyst (1) ESP Shaklee (7) Fadia (1) Fadiah (22) fatin (75) free trip shaklee (5) Garlic Complex (1) Garlic shaklee (1) Gastrik (1) gastrik dan shaklee (1) geram (6) Giveaway (22) Gla (1) GLA Complex (1) GLA OFFER (1) Gout (1) Gout dan Shaklee (1) hadiah (8) harga emas terkini (1) help (1) Herbal Blend Cream (1) Herblax Shaklee (3) Hubbyku (6) iklan (4) info (24) insuran (1) IT (1) Italy (2) jalan2 (17) Jantung (1) Jaundice (1) Jaundis (1) Jerebu (1) Join Ahli Shaklee (3) kad (1) Kanser (2) Kanser Pankreas (1) KANSER PAYUDARA (1) Keahlian shaklee (2) Kebaikan Vivix (2) kehamilan (12) Kejadian (3) kejayaan (2) keluarga (3) Kempis Perut (1) Kenapa vivix mahal (1) Kencing Manis (1) kesihatan (13) kisah (6) Kisah motivasi (1) Kolesterol (1) Kombinasi set (1) Kombinasi Set ESP (1) komen (1) krim Herbal Blend (1) Kronologi kelahiran (3) Kurma (1) Kurus (1) Lappyku (1) Lecithin Shaklee (1) Lenguh (1) Maher Zain (1) Majalah Wanita (1) MAK (1) Makanan (43) MAke up Remover Shaklee (1) Manfaat Bawang putih (1) Manfaat Garlic Complex (1) Manfaat menjadi ahli shaklee (1) Masakan (9) masalah berdengkur (1) Master Coordinator (3) MBP (2) Mealshake (2) melancong (1) Menu berbuka (1) Merokok (1) Migrain (1) mood (4) mothercare (1) Multivitamin (1) nilai emas (1) nuffnang (6) Nuffnang (3) nutriferon (1) Nutriferon Shaklee (1) Nutriwhite Make Up Remover (2) Nutriwhite Shaklee (2) Offer (2) Omega Guard (2) Omega Guard Shaklee (2) open day (1) open house (1) Ostematrix (4) OsteMatrix Shaklee (5) pampers (1) Pasu Bunga (1) Pelupa (1) penjawat awam (1) Penyimpanan susu ibu (1) Penyusuan (3) Peppermint Ginger (1) perayaan (1) Performance Drink (3) Performance Drink Shaklee (2) Performance Drinks Shaklee (1) permainan (3) pet pet (2) Petua (1) Phytocol shaklee (2) Pil Kalsium (1) poem (1) Pomo oktober (1) Power Pumping (1) Promo August (1) Promo March (1) Promo Oktober (1) Promosi (1) promote (1) puasa (3) puting luka (1) Q & A (1) Ramadhan (1) raya (8) Razzi ArMansur (1) resepi (8) Resipi Bancuhan (2) resipi masakan (1) Restoran (14) reunion (1) Reward Shaklee (2) rezeki (2) Ringtone (1) Rumahku (4) sabtu (1) Sakit (2) sakit kepala (1) Salam jumaat (1) sale (6) Sarapan (1) secret (1) Selulit (2) Selulit dan shaklee (1) Sengal (2) set berpantang (3) SET BERPANTANG ASAS (1) SET BERPANTANG OPTIMUM (1) SET BERPANTANG SHAKLEE (1) Set bersalin (1) Set Breastfeeding Shaklee (2) Set Buasir (1) Set Buasir Shaklee (1) set kanak kanak (3) Set Kesuburan (1) Set Milkbooster (1) Set nak hamil (1) Shaklee (45) Shaklee Halal (1) Sharing (1) Shopping (2) show (1) Sijil Halal Shaklee (2) Slimming (2) sok sek (1) song (3) Soy Protein Isolate Powder Shaklee (1) speck (1) SR Vita C shaklee (1) stamp (1) sukan (3) suppliment (1) Suppliment Shaklee untuk Gout (1) Suppliment untuk ibu hamil (2) susu ibu (14) Tag (2) Tak sihat (1) taman (1) tanamanku (1) Telinga berair (1) telinga bernanah (1) Terima kasih (1) Testimoni AJHT (1) testimoni Bcomplex (1) Testimoni Nutriferon (1) Tips (4) Tips berpuasa Ibu Menyusu (1) Tips Biznes (1) toksin (1) Travel (11) Tukaran wang (1) ulser (1) ulser mulut (1) ummi (3) ummi dan baby (10) Ummi dan fatin (9) Ustaz Don (1) Video Collagen (1) virus (3) vita C (1) Vitalea Shaklee (3) Vitamin (1) vitamin c (1) Vitamin C Shaklee (5) Vitamin E (1) Vitamin E Shaklee (1) Vitamin E untuk masalah berdengkur (1) Vitamin kanak-kanak (1) Vivix (4) Vivix Shaklee (4) wedding (4)
 
Copyright @ Iezmierah 2012 | Designed By Shahada Fauzi